Sunday, January 10, 2016

Di penghujung 2015 kepada awal tahun 2016.

Hari ini sudah 11 Januari 2016. Begitu cepat masa berlalu sedangkan aku baru feel yang semalam adalah 2015. Pada tahun ini tiada lagi bunga api di dataran merdeka pada sambuatan awal tahun baru dan digantikan dengan selawat nabi yang dianjurkan oleh kerajaan. Mungkin kerana mengingati tragedi MH370 dan MH17 yang hilang dan mengorbankan nyawa rakyat malaysia. Dah sudah tentu kedua duanya adalah milik penerbangan syarikat malaysia sendiri MAS.

Pada tahun ini juga, aku dan isteri telah menyenaraikan sebilangan perniagaan kecil kecilan yang kami jalankan demi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dirasai di Malaysia ini. Dengan adanya gst 6% yang telah diperkenalkan oleh kerajaan beberapa bulan lepas, dengan kutipan lebih 30 billion, PM sendiri menyatakan GST penyelamat negara pada beberapa hari lepas. Ok, alhamduLILLAH. Bagus. InsyaALLAH kalau sedikit masa lagi, negara mungkin akan habis bayar hutang kerajaan yang berbillion ringgit ke luar. OK, fine, kita tinggalkan di situ.

Pada tahun ini, aku nak mengusahakan perkara baru iaitu pembelajaran arduino. Ya, arduino, memang best. Suatu hardware yang open source dan boleh digunakan untuk membuat apa sahaja yang kita fikir nak buat. Semua nya bermula di (www.arduino.cc) yang membinanya secara open source dan secara halalnya boleh diciplak atau ditiru oleh sesiapa sahaja. Bila dia kata halal, memang boleh la kita beli yang clone. Yes! 

Kalau ada sapa sapa nak belajar pasal arduino, boleh tengok di blog ini (www.myarduinomalaysia.blogspot.com). Di mana aku telah di jemput untuk mengajar arduino untuk sekolah rendah. Ya, sekolah rendah, murid darjah 4 dan 5 sekolah di penang. Aku merasakan yang arduino ini sangat sesuai di ajar pada usia sebegini, sebab di italy ada seorang pelajar perempuan 11 tahun baru baru ini menggunakan arduino untuk mencipta something yang dunia pun anggap ianya awesome. Dan hasilnya, memang betul, murid murid ini boleh membayangkan kegunaan arduino ini untuk aplikasi dan juga inovasi, dan mereka faham untuk mengubah parameter di dalam programming arduino itu supaya mengikut apa yang diperlukan dalam ciptaan mereka. Pintu terbuka sendiri, lampu menyala apabila ada pergerakan dan menyala apabila gelap adalah salah satu inovasi yang sememangnya sudah ada sekarang (kalau u guys tahulah) tapi mereka dapat membuat aplikasi tersebut dalam masa setengah jam yang kami peruntukkan untuk mereka buat. Wow bukan, itu hanya pembelajaran berterusan menggunakan tutorial selama 10 jam. Cuba kalau di buat satu kelas yang intensif, belajar secara berkala dan faham, mereka bukan sahaja insyaALLAH boleh membuat satu satu penyelesaian di dalam buku latihan mereka sahaja malahan mereka juga boleh membuat aplikasi di dunia luar. 

InsyaALLAH, atas hasrat untuk membantu mengubah pembelajaran di sekolah sekolah di Malaysia, dan mungkin cikgu cikgu nampak apa yang aku cuba sampaikan, sekali lagi mereka telah menjemput untuk mengajar batch baru 2016 dan menjadi mentor untuk pertandingan inovasi dan recacipta peringkat sekolah rendah pada 2016. yes, inilah yang aku tunggu dan insyaALLAH akan cuba untuk menjadi mentor yang terbaik mengikut ramuan yang akan aku terangkan pada hujung bulan 1 ini. 

Sebagai tambahan, pada malam ini, aku telah terjumpa satu website yang terbaik, dalam mengembangkan pengetahuan aku untuk arduino ini iaitu appinventor (http://appinventor.mit.edu/), korang tengok sendiri dalam link tersebut, sememangnya memang sempoi. Boleh buat apps sendiri untuk kita connectkan dengan arduino. Buat apps sendiri, buat apps sendiri. Apa yang boleh kita buat kalau ada sambungan bluetooth dengan android phone dan arduino? Macam macam. Hidupkan lampu, buka pagar rumah, tutup tingkap, hidupkan air untuk tanaman, semua menggunakan handphone. Kalau nak tahu pasal bluetooth, boleh baca di sini (http://www.intorobotics.com/pick-right-bluetooth-module-diy-arduino-project/).  Untuk connect dengan inventor boleh rujuk link ini:

http://appinventor.pevest.com/?p=718 << susah sikit sebab hantar digit 1 atau 2 untuk hidupkan led.

Ok, belek belek dulu malam ni. sambil belek belek website bantuan bisnes kerajaan di (http://www.bisnest.com.my) untuk esok, dan tengok apa yang boleh digabungkan kedua ini untuk menjadikan satu produk usahawan cemerlang gemilang terbilang 1 Malaysia pada penghujung tahun ini.

Sekian adanya.

Zihad, dan umur dah 31 tahun pada malam ini.
Malaysia


No comments:

Post a Comment