Tuesday, January 19, 2016

Ch750 bukan satu kerja mudah

Assalamualaikum wbt.

Hari ni dah hampir 6 jam aku mentelaah pasal nak pasang Horizontal Stabilizer di fuselage. Tengok website zenair, zenithair, zenithbuilder, photo assembly, semua nampak tiada satu pemasangan yang standard. Maksud standard tu, lokasi untuk horizontal attachment bracket tidak di beritahu secara tepat, lokasi x, lokasi y. Bukan apa, takut nanti kalau pasang depan sangat, elevator pulak terlalu ke depan. Kalau pasang belakang sangat, nanti kacau full deflection rudder kat belakang.

So apa conclusion yang aku dapat ada dua perkara, kalau nak senang, attachment bracket di bahagian depan aku kena bagi straight dengan line of rivet di tail. Yang belakang akan follow yang depan. Sebab dalam plan aku study memang camtu. As plan adalah yang utama, so follow construction plan.

Cara ke 2, aku kena assemble rudder sekali dengan elevator dan horizontal stabilizer. Tengok assembly tu ok ke tak. Baru adjust yang attachment bracket. Tapi bila tengok balik, tiada dalam assembly construction order.

Hmm..option 1 is the best. Ada bukti. Dan semua cukup. Sekarang dah pukul 12 tepat.

Hopefully tiada masalah la kalau aku continue dengan option ni. Anyway, tiada jalan yg singkat utk projek camni, slowly berjalan tapi teruskan berjalan.

Moga dapat siap tahun ni.

Ch750. Suatu tugas.

Tuesday, January 12, 2016

Kehidupan makan gaji

Assalamualaikum.

Ye.makan gaji.kehidupan aku sejak 8 tahun lepas. Makan gaji di gomen. Lama kan.aku pun dah rasa nak muak keje makan gaji ni, tapi syukur jugalah. Tahun ni, 2016, memang zaman mencabar. Sebab minyak turun harga, kebanyakan pekerja o&g hilang kerja. Khususnya pekerja yang tinggi kepakaran, dan bayaran yang tinggi.

Ya, apabila makan gaji, dan tiada kuasa mengubah, sebab gred rendah, dah terasa agak boring. 8 tahun bukan masa yang pendek, campur dengan study dulu tmpt yg sama selama 4 tahun, dan sekarang masih berada di organisasi yang biasa biasa menyebabkan aku rasa nak jadi macam pekerja gomen yang lain. Merilek kan diri dan buat apa yang di suruh sahaja. Dtg balik kerja ontime, buat kerja masing masing sahaja, dan pedulikan hal yang rasa boleh diendahkan sebab bukan kerja kita. Kiranya mind your own business. Dont care about others, just do your job.

Kalau betul lah satu organisasi nak sinergi antara staf, bukan begitu caranya, pada pandangan aku.

Cuba lihat sejenak, kenapa ceo japanese airlines duduk bersama staf ofis di cubenya dan tidak berada dalam bilik yang selesa dan mgkin sbg tambahan ada view kapal terbang berlepas dan mendarat?the best view ever! Atau cuba tengok balik sekeliling, even tony fernandes, ceo utk airasia kerap turun untuk berjumpa staf di lapangan kerja, dari engineering sehingga ke kaunter hadapan? Beliau sudah pun jadi tycoon airlines tetapi dia tetap buat begitu. Ini kerana, beliau adalah seorang manager yang sedar bahawa kpi-nya adalah dari pekerja dari peringkat bawahan. Walaupun x selalu, tp saya yakin ianya kerap dilakukan oleh tony. So, adakah tidak cukup dengan complaint form daripada customer sahaja? Kan lagi senang? Yang mana silap boleh dibetulkan sahaja dengan satu lagi surat arahan? Tapi tony nampaknya tidak buat begitu tetapi beliay lebih mendekati stafnya sendiri. Kenapa? Sudah tentu untuk meningkatkan motivasi pekerjanya. Yelah, mana taknya, a big big ceo standing beside you and watch how you work. Jelas kebanggaan dan kefahaman ketua terhadap kesulitan staf adalah penting.

So, tidak mengapa, since kerja pun makan gaji, so as for 2016, stay calm and let see what and why? Hopefully others will realize.

So many ding dong, ping pong, but yet mind your own business. Write a Complaint and wait for their action.

Hai, ngantuk, umor 31 dah tahun ni. Ammar dah tdo di sebelah pae. Umur 3 tahun.

Sunday, January 10, 2016

Di penghujung 2015 kepada awal tahun 2016.

Hari ini sudah 11 Januari 2016. Begitu cepat masa berlalu sedangkan aku baru feel yang semalam adalah 2015. Pada tahun ini tiada lagi bunga api di dataran merdeka pada sambuatan awal tahun baru dan digantikan dengan selawat nabi yang dianjurkan oleh kerajaan. Mungkin kerana mengingati tragedi MH370 dan MH17 yang hilang dan mengorbankan nyawa rakyat malaysia. Dah sudah tentu kedua duanya adalah milik penerbangan syarikat malaysia sendiri MAS.

Pada tahun ini juga, aku dan isteri telah menyenaraikan sebilangan perniagaan kecil kecilan yang kami jalankan demi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dirasai di Malaysia ini. Dengan adanya gst 6% yang telah diperkenalkan oleh kerajaan beberapa bulan lepas, dengan kutipan lebih 30 billion, PM sendiri menyatakan GST penyelamat negara pada beberapa hari lepas. Ok, alhamduLILLAH. Bagus. InsyaALLAH kalau sedikit masa lagi, negara mungkin akan habis bayar hutang kerajaan yang berbillion ringgit ke luar. OK, fine, kita tinggalkan di situ.

Pada tahun ini, aku nak mengusahakan perkara baru iaitu pembelajaran arduino. Ya, arduino, memang best. Suatu hardware yang open source dan boleh digunakan untuk membuat apa sahaja yang kita fikir nak buat. Semua nya bermula di (www.arduino.cc) yang membinanya secara open source dan secara halalnya boleh diciplak atau ditiru oleh sesiapa sahaja. Bila dia kata halal, memang boleh la kita beli yang clone. Yes! 

Kalau ada sapa sapa nak belajar pasal arduino, boleh tengok di blog ini (www.myarduinomalaysia.blogspot.com). Di mana aku telah di jemput untuk mengajar arduino untuk sekolah rendah. Ya, sekolah rendah, murid darjah 4 dan 5 sekolah di penang. Aku merasakan yang arduino ini sangat sesuai di ajar pada usia sebegini, sebab di italy ada seorang pelajar perempuan 11 tahun baru baru ini menggunakan arduino untuk mencipta something yang dunia pun anggap ianya awesome. Dan hasilnya, memang betul, murid murid ini boleh membayangkan kegunaan arduino ini untuk aplikasi dan juga inovasi, dan mereka faham untuk mengubah parameter di dalam programming arduino itu supaya mengikut apa yang diperlukan dalam ciptaan mereka. Pintu terbuka sendiri, lampu menyala apabila ada pergerakan dan menyala apabila gelap adalah salah satu inovasi yang sememangnya sudah ada sekarang (kalau u guys tahulah) tapi mereka dapat membuat aplikasi tersebut dalam masa setengah jam yang kami peruntukkan untuk mereka buat. Wow bukan, itu hanya pembelajaran berterusan menggunakan tutorial selama 10 jam. Cuba kalau di buat satu kelas yang intensif, belajar secara berkala dan faham, mereka bukan sahaja insyaALLAH boleh membuat satu satu penyelesaian di dalam buku latihan mereka sahaja malahan mereka juga boleh membuat aplikasi di dunia luar. 

InsyaALLAH, atas hasrat untuk membantu mengubah pembelajaran di sekolah sekolah di Malaysia, dan mungkin cikgu cikgu nampak apa yang aku cuba sampaikan, sekali lagi mereka telah menjemput untuk mengajar batch baru 2016 dan menjadi mentor untuk pertandingan inovasi dan recacipta peringkat sekolah rendah pada 2016. yes, inilah yang aku tunggu dan insyaALLAH akan cuba untuk menjadi mentor yang terbaik mengikut ramuan yang akan aku terangkan pada hujung bulan 1 ini. 

Sebagai tambahan, pada malam ini, aku telah terjumpa satu website yang terbaik, dalam mengembangkan pengetahuan aku untuk arduino ini iaitu appinventor (http://appinventor.mit.edu/), korang tengok sendiri dalam link tersebut, sememangnya memang sempoi. Boleh buat apps sendiri untuk kita connectkan dengan arduino. Buat apps sendiri, buat apps sendiri. Apa yang boleh kita buat kalau ada sambungan bluetooth dengan android phone dan arduino? Macam macam. Hidupkan lampu, buka pagar rumah, tutup tingkap, hidupkan air untuk tanaman, semua menggunakan handphone. Kalau nak tahu pasal bluetooth, boleh baca di sini (http://www.intorobotics.com/pick-right-bluetooth-module-diy-arduino-project/).  Untuk connect dengan inventor boleh rujuk link ini:

http://appinventor.pevest.com/?p=718 << susah sikit sebab hantar digit 1 atau 2 untuk hidupkan led.

Ok, belek belek dulu malam ni. sambil belek belek website bantuan bisnes kerajaan di (http://www.bisnest.com.my) untuk esok, dan tengok apa yang boleh digabungkan kedua ini untuk menjadikan satu produk usahawan cemerlang gemilang terbilang 1 Malaysia pada penghujung tahun ini.

Sekian adanya.

Zihad, dan umur dah 31 tahun pada malam ini.
Malaysia