Wednesday, December 16, 2009

Husband & Wife

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak tulis blog ni tiba2 ari ni ada feel nk tulis.hehe. ari ni 17 dec09, dah hampir genap sebulan kami kahwin. dan kini kami tinggal di penang, di rumah sewa kami yang pertama. mmg sungguh bahagia rasanya sekarang. betul lah orang kata, kawin ni ada banyak hikmahnya. rasa macam semua dah jadi seimbang sikit2. anyway, kat sini sy nk sembang pasal majlis kami pada 21 & 22 nov 09 lepas. have to be backdated sebb baru leh settledown minda dan jiwa untuk life yang baru.

21 nov 09 : kami telah bernikah di masjid kampung sungai batang pada pukul 9 malam. AlhamduLILLAH semua berjalan lancar, tiada hujan lebat kerana pada masa itu mmg kami takut akan hujan kerana time tu ujan lebat. sepanjang minggu sebelum hari ni, aku mmg berdoa semoga "jangan lah hujan" dengan sepenuh hati. dipetik dari coretan sahabat yang hadir:

Selekoh,21 Nov -Tepat jam 9.10 mlm, 21 Nov 2009, maka secara rasminya seorang lagi kawan kita Mohammad Zihad Mahmud telah menamatkan zaman bujangnya setelah selamat di ijab qabulkan bersama pasangannya Zakiah Dainuri,25 bertempat di Masjid Kampung Sungai Batang, Selekoh, Perak.

Zihad,25 yg bekerja sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Pusat Pengajian Aeroangkasa USM tiba di tempat majlis kira-kira jam 8.45 mlm. Hanya dengan sekali lafaz, beliau telah sempurna bergelar suami kepada Zakiah. Bercakap kepada pemberita seketika selepas majlis, beliau berasa sangat terharu dengan kehadiran kawan-kawan yg menya'port' beliau ketika saat-saat akhir beliau dalam bachelor club. Majlis akad nikah berlangsung sacara ringkas disertai hujan rintik-rintik serta kehadiran sanak saudara kedua belah pihak telah menjadikan majlis yg cukup indah serta bermakna kepada Zihad & Zakiah.

Dalam lafaz taat setia & taklik yg dilafazkan oleh Zihad, beliau berjanji akan menjaga & mendidik isterinya sebaik mungkin tanpa membiarkan isterinya terabai tanpa perlindungan. Zihad yang menyambut ijab drp tok imam masjid, kelihatan sungguh tenang & menjawab iaitu qabul dengan lancar & jelas.Majlis bersambung ke rumah pengantin perempuan dengan jamuan makan & sesi bergambar. Pemberita tidak dapat menyertai sisi bergambar oleh kerana terpaksa berkejar balik ke utara atas urusan peribadi. Majlis kesyukuran & kenduri akan diadakan hari ini (22 Nov 2009) bertempat di rumah pengantin perempuan di KM34, kampung Sungai Batang, 36200, Selekoh, Perak.

Pihak pemberita tanpa nama (BERTAPA) mengucapkan selamat berbahagia kepada Zihad & Zakiah serta semoga kekal hingga ke syurga hendaknya. Kepada semua pembaca, diharapkan dapat kiranya membac doa ini untuk kedua pengantin.Barakallahu laka, wabarakallahu alaika, wa jama'a bainakuma fi khair - maksudnya: Semoga Allah mengurniakan keberkatan kepada kalian, dan semoga Allah mengurniakan keberkahan ke atas kalian, & semoga Allah memberikan kehidupan kamu berdua dalam kebaikan.Sekian, berita lanjut menyusul..

so? aku dah jadi suami dan berniat untuk menjadi suami yang soleh. malam tu, selepas nikah, upacara makan malam bersama rombongan dan seterusnya adalah sesi berinai dan fotografi. aish, punya la segan, duduk kat pelamin sendiri sebab semua orang tengok je kat kita. entah ada pujian ke, sindiran sinis ke, (cewah), hahaa..punya la segan time tu.kalau tengok gamba pon, muka serius je sbb kontrol punya pasal n rasa kulit muka tegang. lepas ni jgn tanya lagi, kenapa ko tak senyum ni zihad?

huhuhu.. lepas sanding2, tiba masa tukar baju dan aktiviti merenjis oleh keluarga belah perempuan.thanks to all yang merenjis termasuk mak n abah mertua, doakan kami bahagia sehingga ke syurga.AMIN... so, malam tu around pkl 11oo mlm, aku pun beransur pulang bersama 2 orang pengapit setia (rijal n azam) pulang ke rumah. pulang dengan rasa seronok tambah pula dengan tengok muka mae, pae n family yang aku rasakan begitu bahagia dan tidak dapat digambarkan lagi. dalam hati " aku dah jadi suami n ada komitmen yang perlu aku tatang dengan 100% tanggungjawab " bersambung kepada hari majlis kahwin...
wasalam
zihad mahmud

depan tu je geng.tak jauh dah.

Muka nak jumpa tok kadi paling mencabar di area bagan datoh


i know that my car are comfortable.pjalan 15 mint pon bole nap lagi pakcik n anak buahnya ni.hehe

arrive safely.hands up ashraf!


baper kali akad wei? 5,3,2? tengok inai kat jari tu baru betul baper kali akad.yes!


bodyguard check radius 50m for safety


nurin natasya n ashraf



musyawarah menenagkan diri.meh2.




lek kayat, pak ngat dan lek mah pengiring setia kami.thanks!


Muaz b ahmad ramzi


kang jamroh tgh bincang tentatif
ustaz basar, pak yas lek awi dan pak ngat bagi sokongan padu. terima kasih!
syamir, sukenye dia nampak flash camera tu yer
ruang nikah yang begemerlapan
mendengar khutbah nikah dengan teliti
selesai dengan senyuman.
biar debar, tapi leh gak makan wat kenyang perut.
3 generasi berbeza umur
zihad, syamir n ma'e
here comes the bridegroom
our glorious moment
adik ipar tangkap gambar baik2 na.hehe.
Kang jamroh memberi ucapan konklusi
Rombongan dari pihak lelaki (amboi yg pink tu nmpak rajin la pulaks)
kang jamroh dan wak Juli mencapai kata konklusi utk malam itu
Barang hantaran dari pihak perempuan
Barang hantaran dari pihak perempuan
semua dah siap, moh kite balik
Azam n Rijal the kampung mate

Wednesday, November 18, 2009

3 days 17 hours

Salam,

waaa...bila tengok countdown kat sebelah tu, ada dalam 3 hari n 17 jam lagi sebelum aku nk p akad nikah, jadi suami dan menjadi raja sehari...sekarang ni aku dah rasa sikit2 debarannya walaupun aku tak balik kampung lagi. tp rasanya kalau dah balik kampung nnt, tengok ada pulak adik beradik dah balik, mau lagi bedebor ni..(mcm time tunang ari tu)..

waaa..aku sebenarnya tak caya, yang aku dah nak berkahwin ujung minggu ni. selama ni pun biasa je balik kampung ujung minggu tapi minggu ni, satu langkah paling besar akan diambil, uuu..serius aku mcm tak percaya..mudah2an dipermudahkan ALLAH hendaknya majlis aku nnt..

sayang kat rumah pulak tgh risau, samada nak beli sampan ke, nak beli bot ke, sbb hujan je kat kampung. aku yang ada kat sini masih lagi tak tahu perkembangan kat kampung sebb dah sebulan aku x balik kampung. dengar kata, air dah naik sampai tepi parit, itu maknanya, bole jadi dah sampai paras2 bahaya...tp aku harap kunci air kat sungai batang tu jadi elok la esok lusa...supaya tak terjadi dari perkara yg tak diingini.

anyway, semua persiapan dah siap, insyaALLAH.rumah sewa, bercuti, duit kenduri, barang hantaran, ilmu di dada semua dah siap. cuma duit hantaran je belum wat bank draft lagi sbb esok baru nak p wat. mungkin esok boleh balik petang n siap2kan semua keperluan pada pagi esok. n esok nk kene singgah teluk intan, p shopping songkok n sampin.huhu..lagi 2 hari baru nak beli? camni la keje engineer, sibuk je..kekeke...

n kepada kawan2 sekerja, aku telah apply cuti seminggu setengah.start 19nov09 sampai 30nov09. 1dec09 baru masuk keje balik.haaa..bila balik ke sini balik tu, mmg ada byk keje nk kene wat, termasuk la kene angkat peralatan rumah dari umah en nazri (tq en nazri) ke rumah baru kami...kepada kawan2 yang sudi nak membantu, bole la bgtau aku k.hehehe..

banjir di parit buntar? berharap sangat rumah kami tak banjir.huu..ye la, bulan 11 12 ni.pertukaran monsun. kadang2 best gak pikir kalau ujan, sejuk jer, tapi kalau dah banjir, kaki ni lagi sejuk lagi pulak kalau lebih dari buku lali. nauzubillah..moga dijauhkan dari banjir..

sampai sini sahaja dulu.dah nak balik dah.lepas ni blogging pasal lepas dah kahwin.aku dah nak kawin? yeyeyyee...nak kawin...(nk kawin kene hepi!!).tapi ni cuak pon ada, but as a normal person mmg ada perasaan cuak ni..aku akan cuba tangani semua ni dgn membaca alfatihah, dan surah wal asr.(inin adalah tips untuk mengurangkan cuak semasa apa jua keadaan)

wasalam

zihad signing out

Wednesday, November 11, 2009

map to our wedding ceremony


View Larger Map

good evening,

hari ni dh 12/11/2009. so dah tak lama dah.dalam 10 hari je lagi untuk our wedding day. debaran mula dirasai..huuu

anyway, kepada sapa2 yg berhajat utk pergi kenduri kami di sg batang, aku dah letak kat posting kali ni.

map kat atas adalah map dari nibong tebal, penang dan terus ke sg batang, selekoh, perak. around 3.5 jam kalau ikut jalan yg aku tunjuk kat atas ni. jalan kat atas ni pula jln yg tak melalui tol ipoh. so ikut jalan kampung, mcm terung, pantai remis, manjung and selekoh. jalan dia ok, cuma ada liku2 macam ular kena palu di area pantai remis - manjung..

n sape2 yang dari area lain, KL, Johor, bole belek2 dalam google map ni dan bole taip destination from korang. nnt dia akan highlight jalan yang elok untuk lalu.hehehe.kira macam gps tp function die lain sikit la..hehee...

so mintak sape2 yang ikut jalan tu, harap jangan la buat drift ke, sbb mmg agak bahaya. abg ipar aku cakap mmg ada kereta masuk parit sbb bawak laju and cucuk angin kereta orang lain...

so, semoga korang selamat pergi n kembali. bawa lah kereta anda dengan selamat. walaupun secanggih mana kereta anda, ia masih akan berlaku kecelakaan jika anda membawanya dengan tidak selamat.moga dijauhkan...

thats all for this evening...

bye..

zihad signing out


Friday, November 6, 2009

hari beraktiviti


hye
Hari ni adalah satu lg ari beraktiviti sendiri kami.aku masih ada di penang, n sayang ada di kmpg.

Aku ada di megamall penang skang sbb pkl 2 pm nnt ada tournament boling antara jabatan.punya la awal ku dtg,dlm kul 12, sbb nk beli buku yg sayang kirim.huhu..masib baik jumpa.buku brrtajuk pasangan serasi.mesti buku ni best sbb tajuk pun best.berkenaan bagaimana utk pasangan yg baru berkahwin nak jadi serasi.wat masa ni takleh nak baca lagi sbb ada plastic seal.maybe aku akan mula mengorak langkah utk menjadi seorang ulat buku lepas ni selpas aku tengok byk buku2 yg ptt aku baca,lg2 bila nk jadi suami ni.hee..n ada juga buku utk menjadi usaawan berjaya,pengurusan kewangan yg bijak.mmg kne mula bc buku2 camni dah skang.heee...tunggu...nnt klu sayang suka baca buku gak,tak lama ada la popular store punya kad.
Wat masa ni aku pon takde hobi,so, bilehla mula hobi aku ngan membaca..


Aku rasa lane bowling kat megamall ni senget laa..tu sebab x power mcm org lain ni.huhuhuh...Yang ni lagi best, straight je, diorg kata aku wat jambatan penang...ish22

Monday, November 2, 2009

walimatul urus

hye..
Kami menjemput kawan2 & sahabat, saudara mara, untuk menghadiri majlis perkahwinan sebelah perempuan yang akan diadakan di kampung sungai batang, selekoh, perak pada 22/11/09. semoga dengan kehadiran saudara saudari akan memeriahkan majlis kami ini.

time distance travel estimation:
nibong tebal - selekoh 3.5 jam
KL - selekoh - 3 jam

wassalam

Sunday, November 1, 2009

Tree Top Walk

Hye..
hari ni adalah hari beraktiviti buat kami..masa sayang pergi melawat adiknya ari ni, aku pun melangkah ke tree top walk kat sedim di negeri kedah darul aman. sebelum ni, pernah juga nampak tiang tree top walk ni, tp time tu tak siap lagi, so hari ini, aku dah p ke sana..

perjalanan dari parit buntar sampai ke sedim, ikut serdang, lebih kurang sejam. sampai sana dalam pkl 10. dh ada pembangunan kt sana tp masih baru lagi.ada bangunn2 kedai2 n chalet, tp takde org pun.mmg tol2 baru siap.planning utk p skali lagi ngan future wife mmg ada sbb tengok chalet dia agak best.bole menenangkn jiwa, sape2 yg duk sana. igt ye syg, nnt kita masukkan dalam jadual aktiviti kita nak rehat kat chalet sedim ni..

so, lepas parking, menapak naik bukit sikit, then lalu kat chalet n restoran td, kemudian br sampai ke pintu gerbang tree top walk ni.huhu.berpeluh gak la sbb dah lama tak exercise, tau balik kerja, rilek2 pastu cukup masa tido.(terigt kenangan p g.kinabalu dulu..sigh..dh bertambah kalori sekarang). sblm sampai chalet2 td tu, ada la jambatan besar yg lalu kat sungai yg berbatuan dan deras, real punye deras, aku rasa yg tu utk aktiviti bot belon n kayaking.mmg nampak mencabar laa..sesuai utk org yg mmg nak cari susah..

haa.. dah sampai dah..penat naik bukit, lastly jumpa papan tanda ni..n dah nampak jambatan besi kat belakang tuu..mmg best bila tengokkat kedah ada benda camni, so, tak lama lagi mesti jadi maju la kampung sedim ni..papan tanda ni pun mmg lawa, aku bagi double thumb up (satu untuk designer papan tanda n daun yg menarik ni n kedua, sbb adanya tree top walk ni kat sini)

bila dah sampai entrance, kene la bayar. rm10 per adult n rm6 for children. agak ok la juga sbb mmg banyak modal nak buat bende ni. tengok ngan facilities dia pon, kire puas hati gak..so kat bawah ada some pic yg di snap.

baju pengantin


hi,
hari ni hari ahad,1 nov 2009, aish...dah mula rasa bedebar la pulak sbb dah makin dekat ngan tarikh perkahwinan kami. maybe aku tak rasa mcm sayang sbb kenduri kat umah aku lambat lagi, tp still rasa bahang yg membara seperti adanya tok kadi, mak ayah dan saudara yang meraikan dan tanggungjawab yg seterusnya. anyway, kene layan gak semua tu baru la best. jgn jadikan nightmare, nnt takleh tido la pulak 22 hari ni.hehehe...apa apa pun, aku akan layan gak.buat rilek dan pastinya kene bersedia.hehehehe...insyaALLAH...
gambar kat atas ni adalah baju pengantin yang first time tengok n rasa berkenan nak pakai untuk kenduri sebelah rumah aku. waaa..mmg best bila jumpe baju ni kat umah mak tipah (kawan stars), tengok je rasa nk pakai bila majlis nanti. mula2 tu segan la jugak nak pakai sbb yelah, first time nak cuba, tp bila pakai mmg best. rasa aura perkahwinan tu ada dah. avtually, gambar kat atas ni aku snap dari citer nurkasih tv3@ 9 mlm. (mmg citer favourite aku, sampai housemate takleh kaco sbb aku dah conquer tv tu dari kul 8.55 mlm lagi) hehehe... n aku rasa, kalau aku pakai baju macam ni la kat kampung masa kenduri, mesti havoc punya sbb aku dah lama tak nampak org pakai tengkolok kat kampung aku. takpe2, layan je, aku yakin, mesti best...hahaha... so, apa yang kami plan, gold untuk di rumah perempuan, dan this special red for my house.
lagi 21 hari ni...
1/11 + 2o hari = 21 hari left!
waaa...bila kira2 balik tinggal lagi 2 hari minggu yg boleh dilalui semasa bujang ni. hari ni, aku dah p jalan2 sampai ke Top Tree Walk, sedim, kedah n Kulim. Decided to go sebb takde plan apa2 hari ni, n sayang pulak p jalan melawat adik di slim river. aku pun apa lagi, kalau takleh nak gayut, surely bosan dok rumah, last2 p la top tree walk (lepas tengok gambar kwn p sana kt fb)
21 hari lagi yer..
bulan ni mmg paling byk kos, sbb kne prepare duit deposit rumah sewa baru, barang dlm rumah, kenduri doa selamat, duit hantaran dan honeymoon. tp insyaALLAH, semua tu dah dicover cuma kne setelkan sistematically. mcm aku ckp sebelum ni, bulan ni punye gov gj tak kuar lagi, nk kene tunggu 25 hb. (at that time dah ada kat CH) .timing yang tepat!!!...hehehe..but kne beringt, sbb kne bertahan untuk nex monthnya (as a husband)...
so, thats all.
signing out
zihad mahmud

Thursday, October 29, 2009

telesemia or talasemia ? :D

hari ni aku dapat tahu yang sayang takde talasemia.Alhamdulillah, seronok sgt bila dgr berita gembira tu.rasa nak melompat seronok jer.hehee..kalau camni, bole la kami meneruskan step kami yang seterusnya..

apa yg aku tau, talasemia totally merbahaya kepada mana mana pasangan yang kedua duanya mempunyainya. mcm masa kita belajar dulu2, xy xy, masa biology punya subjek.

mula2 agak risau juga sbb sebelum ni pon kami tak pernah nak check utk talasemia, sbb buat tak endah je iklan kat tv. ye la, kalau kuar iklan kat tv tu pun, cuma dengar je, tak ambik kisah langsung, tp bile time2 nak kahwin ni, baru la semua kene tahu termasuk talasemia.apa yang ditakutkan ialah, jika kedua dua mempunya talasemia, maka kebarangkalian besar untuk anak ada talasemia adalah besar. maka, adalah dinasihatkan agar tidak mempunyai anak supaya tiada komplikasi kepada anak.huuu...so disarankan kepada couple2 di luar sana, p la check talasemia tu dulu, kot2 hangpa berdua ada, so boleh la pikir untuk buat konklusi pasal hal ni amat penting. kire ini adalah salah satu long term plan juga la....

yang kat bawah ni aku ambik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia. kredit to them.so bole baca and tambah ilmu pengetahuan kepada mana2 yang merancang nak berkahwin tuu..yang terbaik, sebelum nak declare kahwin kat gf, p check diri sendiri ada talasemia dulu ada ke tak.kalau ada, mintak gf p check.so kalau dua2 ada, bole amik penyelesaian yang terbaik. taklah nanti terkesima pulak bila2 dua dua ada talasemia ni.orait.

ALHAMDULILLAH..bole menuju ke langkah seterusnya...

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Tuesday, October 27, 2009

counting days

hai,
hari dah 27 october 2009, maknanya ada lagi 25 hari untuk majlis perkahwinan kami. time ni, aku tgh kat opis sambil tengok tengok apa yang patut either in work or out of the work. (hari ni keje marking repot lab student. tak habis2.takpe2, buat sikit2 asalkan komited, nnt hari jumaat ni mesti complete).dah pkl 530pm, masih lagi kat sini, nnt kalau dah ada anak, mesti kene balik awal mcm abg saiful (office mate) yang berkewajipan mengambil anak di nursery and maknye yang kerje di klinik.sama juga ngan kawan2 lain yg dah ada family mmg semua balik on time. aku pon, rasanya tak lama akan jadi camtu, sometimes org kata, sibuk la jadi mak n ayah or secara umumnya berfamily, but aku rasa bergantung pada diri sendiri. tp seeloknye senyum simpul dan menggunakan ayat "layan" akan membuang perkataan sibuk dan beban menjadi kepada perkara baru dan seronok untuk ditempuhi..tunggu2, 25 hari lagi tau la camne rasanya zihad..hehehe...



image is uploaded from stick_figures

so, skang tgh counting days.25,24,23...

n yang paling best tu kan, bulan ni gov tak masuk gaji sbb dah bagi awal sempena deepavali ari tu.so start dari hari ni 25/10 sampai 25/11 kene la bertahan dengan duit simpanan yang ada.supaya cukup di kemudian hari.tp apa apahal pun aku tetap bersyukur kerana segala urusan masih dipermudahkannya. n by the way, thanks to gov sbb bagi bonus sebanyak rm500, Alhamdulillah, jadilah daripada takde. kan2!! but, to cuepacs, go on, mintak2 lagi bonus untuk gov servant, that is your jobs, aside others that are talking behind. do your jobs, i will support you !!! hohoho

hopefully, cukupla n tepat la perkiraan duit simpanan yang ada untuk kenduri di sebelah perempuan nanti.hehe..kadang2 bila pikir balik best jugak la wat2 saving ni, n lagi best kalau tepat calculation dia...seme benda jalan.yang tak bestnya kalau lari bajet, hahaha, mmg susah. rupanya inilah yang orang dewasa pikir tak mcm kita masa kecik2 dulu.

pagi p sekolah,
balik sekolah, makan tengahari, ( tu pon kalau tak kene cabut gigi )
pastu solat n tido,
bangun kol 3 buat keje sekolah,
pukul 5pm naik basikal p ronda kampung @ main bola,
pukul 8pm ngaji ngan pa'e
pukul 9pm boleh tengok tv lepas budak2 ngaji yang lain balik
pukul 11pm tidur

dah lain cam skang

pukul 8am masuk keje
pukul 1pm makan tengahari
pukul 2pm masuk keje balik
pukul 5pm balik rumah
pukul 8pm tengok biter
pukul 9pm tengok citer
pukul 12am tido (tido lewat sikit siap, kompom ngantuk kul 9 am esok)

baru la skang dah merasa apa org dewasa dah merasa.tp aku rasa belum cukup dewasa lagi sbb short term and long term planning masih belum berjalan that are saving, short term and long term investment, security and house. masih ada banyak lagi nak kene pikir.huuu..

panjang dah tulis ni, saja nak kasi release sikit petang2 camni..biar balik rumah ngan tenang dan tenteram...

thats all for today.

zihadmahmud signing out.

Thursday, October 22, 2009

this is our life


This is our pic yang paling special sbb bakal mak mertua (InsyaALLAH)yang ambik gambar masa kat kuching airport (KCH). tahun lepas around 2008 semasa sayang konvo di Unimas.seronok sebab first time datang sarawak, first time sambut konvo special one and first time naik kapal terbang.hehe...betul la apa air asia kata, now everyone can fly. anyway, sarawak mmg best.mekasih kepada kawan2 yang bagi teori tentang keadaan di sarawak (rashid n zaim). walaupun gamba ni dah lama tapi memang memberi meaning yang besar kat kami.sebab pe? adalaaa....hahaha...

anyway, sarawak ada time yang berbeza ngan semenanjung. cepat sejam dari semenanjung.maknaya kul 6 ptg tu dah gelap, then 7 pagi tu dah siang. time ni baru aku paham nape kalau ramadhan, diorang bukak pose awal sebab kul 6 tu dah gelap. masa kecik2 dok teringat yang diorang bukak pose time siang2 lagi.hehehe..

n lagi satu, kalau kat town dia, malam, semua org dah tido.takde yang lepak2 lagi waktu tu.ty org sarawak pon, tatau kenapa tp mungkin la diorg ni suka tido awal sebb esoknye nak p keje pagi22.tp kalau kerja kerajaan yg masuk kerja kol 8, mmg best la kan, time tu dah panas, matahari dah naik sampai kening baru nak p office.

maybe someday nak p lagi sarawak, tp pas ni tak naik sorang la flight tu, naik berdua dah.hehehe... :)

DOB

Assalmualaikum,

salam sejahtera,

Dengan lafaz Bismillah, blog ini telah lahir (created) pada 23 oct 2009 1238 hrs di serata dunia.saya telah menyambutnya sementara zakiah masih berada di kampung (standby untuk mengajar petang ni). semoga dengan kelahiran blog ini akan menambahkan keceriaan dalam hidup kami di masa hadapan dalam berkongsi pengalaman, pahit manis hidup, komen dan komentar dalam isu semasa.

ini adalah blog peribadi dan segala catitan di dalam blog ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang sudah mati. blog ini juga tidak berkenaan dengan kerjaya profesionalisme kami dalam pengajaran dan dalam mendidik anak bangsa

semoga kepada sesiapa yang sudah melawati blog ini, saya ucapkan terima kasih kerana membaca. thanks.