hari ni aku dapat tahu yang sayang takde talasemia.Alhamdulillah, seronok sgt bila dgr berita gembira tu.rasa nak melompat seronok jer.hehee..kalau camni, bole la kami meneruskan step kami yang seterusnya..apa yg aku tau, talasemia totally merbahaya kepada mana mana pasangan yang kedua duanya mempunyainya. mcm masa kita belajar dulu2, xy xy, masa biology punya subjek.
mula2 agak risau juga sbb sebelum ni pon kami tak pernah nak check utk talasemia, sbb buat tak endah je iklan kat tv. ye la, kalau kuar iklan kat tv tu pun, cuma dengar je, tak ambik kisah langsung, tp bile time2 nak kahwin ni, baru la semua kene tahu termasuk talasemia.apa yang ditakutkan ialah, jika kedua dua mempunya talasemia, maka kebarangkalian besar untuk anak ada talasemia adalah besar. maka, adalah dinasihatkan agar tidak mempunyai anak supaya tiada komplikasi kepada anak.huuu...so disarankan kepada couple2 di luar sana, p la check talasemia tu dulu, kot2 hangpa berdua ada, so boleh la pikir untuk buat konklusi pasal hal ni amat penting. kire ini adalah salah satu long term plan juga la....
yang kat bawah ni aku ambik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia. kredit to them.so bole baca and tambah ilmu pengetahuan kepada mana2 yang merancang nak berkahwin tuu..yang terbaik, sebelum nak declare kahwin kat gf, p check diri sendiri ada talasemia dulu ada ke tak.kalau ada, mintak gf p check.so kalau dua2 ada, bole amik penyelesaian yang terbaik. taklah nanti terkesima pulak bila2 dua dua ada talasemia ni.orait.
ALHAMDULILLAH..bole menuju ke langkah seterusnya...
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
No comments:
Post a Comment