Thursday, October 29, 2009

telesemia or talasemia ? :D

hari ni aku dapat tahu yang sayang takde talasemia.Alhamdulillah, seronok sgt bila dgr berita gembira tu.rasa nak melompat seronok jer.hehee..kalau camni, bole la kami meneruskan step kami yang seterusnya..

apa yg aku tau, talasemia totally merbahaya kepada mana mana pasangan yang kedua duanya mempunyainya. mcm masa kita belajar dulu2, xy xy, masa biology punya subjek.

mula2 agak risau juga sbb sebelum ni pon kami tak pernah nak check utk talasemia, sbb buat tak endah je iklan kat tv. ye la, kalau kuar iklan kat tv tu pun, cuma dengar je, tak ambik kisah langsung, tp bile time2 nak kahwin ni, baru la semua kene tahu termasuk talasemia.apa yang ditakutkan ialah, jika kedua dua mempunya talasemia, maka kebarangkalian besar untuk anak ada talasemia adalah besar. maka, adalah dinasihatkan agar tidak mempunyai anak supaya tiada komplikasi kepada anak.huuu...so disarankan kepada couple2 di luar sana, p la check talasemia tu dulu, kot2 hangpa berdua ada, so boleh la pikir untuk buat konklusi pasal hal ni amat penting. kire ini adalah salah satu long term plan juga la....

yang kat bawah ni aku ambik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia. kredit to them.so bole baca and tambah ilmu pengetahuan kepada mana2 yang merancang nak berkahwin tuu..yang terbaik, sebelum nak declare kahwin kat gf, p check diri sendiri ada talasemia dulu ada ke tak.kalau ada, mintak gf p check.so kalau dua2 ada, bole amik penyelesaian yang terbaik. taklah nanti terkesima pulak bila2 dua dua ada talasemia ni.orait.

ALHAMDULILLAH..bole menuju ke langkah seterusnya...

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Tuesday, October 27, 2009

counting days

hai,
hari dah 27 october 2009, maknanya ada lagi 25 hari untuk majlis perkahwinan kami. time ni, aku tgh kat opis sambil tengok tengok apa yang patut either in work or out of the work. (hari ni keje marking repot lab student. tak habis2.takpe2, buat sikit2 asalkan komited, nnt hari jumaat ni mesti complete).dah pkl 530pm, masih lagi kat sini, nnt kalau dah ada anak, mesti kene balik awal mcm abg saiful (office mate) yang berkewajipan mengambil anak di nursery and maknye yang kerje di klinik.sama juga ngan kawan2 lain yg dah ada family mmg semua balik on time. aku pon, rasanya tak lama akan jadi camtu, sometimes org kata, sibuk la jadi mak n ayah or secara umumnya berfamily, but aku rasa bergantung pada diri sendiri. tp seeloknye senyum simpul dan menggunakan ayat "layan" akan membuang perkataan sibuk dan beban menjadi kepada perkara baru dan seronok untuk ditempuhi..tunggu2, 25 hari lagi tau la camne rasanya zihad..hehehe...



image is uploaded from stick_figures

so, skang tgh counting days.25,24,23...

n yang paling best tu kan, bulan ni gov tak masuk gaji sbb dah bagi awal sempena deepavali ari tu.so start dari hari ni 25/10 sampai 25/11 kene la bertahan dengan duit simpanan yang ada.supaya cukup di kemudian hari.tp apa apahal pun aku tetap bersyukur kerana segala urusan masih dipermudahkannya. n by the way, thanks to gov sbb bagi bonus sebanyak rm500, Alhamdulillah, jadilah daripada takde. kan2!! but, to cuepacs, go on, mintak2 lagi bonus untuk gov servant, that is your jobs, aside others that are talking behind. do your jobs, i will support you !!! hohoho

hopefully, cukupla n tepat la perkiraan duit simpanan yang ada untuk kenduri di sebelah perempuan nanti.hehe..kadang2 bila pikir balik best jugak la wat2 saving ni, n lagi best kalau tepat calculation dia...seme benda jalan.yang tak bestnya kalau lari bajet, hahaha, mmg susah. rupanya inilah yang orang dewasa pikir tak mcm kita masa kecik2 dulu.

pagi p sekolah,
balik sekolah, makan tengahari, ( tu pon kalau tak kene cabut gigi )
pastu solat n tido,
bangun kol 3 buat keje sekolah,
pukul 5pm naik basikal p ronda kampung @ main bola,
pukul 8pm ngaji ngan pa'e
pukul 9pm boleh tengok tv lepas budak2 ngaji yang lain balik
pukul 11pm tidur

dah lain cam skang

pukul 8am masuk keje
pukul 1pm makan tengahari
pukul 2pm masuk keje balik
pukul 5pm balik rumah
pukul 8pm tengok biter
pukul 9pm tengok citer
pukul 12am tido (tido lewat sikit siap, kompom ngantuk kul 9 am esok)

baru la skang dah merasa apa org dewasa dah merasa.tp aku rasa belum cukup dewasa lagi sbb short term and long term planning masih belum berjalan that are saving, short term and long term investment, security and house. masih ada banyak lagi nak kene pikir.huuu..

panjang dah tulis ni, saja nak kasi release sikit petang2 camni..biar balik rumah ngan tenang dan tenteram...

thats all for today.

zihadmahmud signing out.

Thursday, October 22, 2009

this is our life


This is our pic yang paling special sbb bakal mak mertua (InsyaALLAH)yang ambik gambar masa kat kuching airport (KCH). tahun lepas around 2008 semasa sayang konvo di Unimas.seronok sebab first time datang sarawak, first time sambut konvo special one and first time naik kapal terbang.hehe...betul la apa air asia kata, now everyone can fly. anyway, sarawak mmg best.mekasih kepada kawan2 yang bagi teori tentang keadaan di sarawak (rashid n zaim). walaupun gamba ni dah lama tapi memang memberi meaning yang besar kat kami.sebab pe? adalaaa....hahaha...

anyway, sarawak ada time yang berbeza ngan semenanjung. cepat sejam dari semenanjung.maknaya kul 6 ptg tu dah gelap, then 7 pagi tu dah siang. time ni baru aku paham nape kalau ramadhan, diorang bukak pose awal sebab kul 6 tu dah gelap. masa kecik2 dok teringat yang diorang bukak pose time siang2 lagi.hehehe..

n lagi satu, kalau kat town dia, malam, semua org dah tido.takde yang lepak2 lagi waktu tu.ty org sarawak pon, tatau kenapa tp mungkin la diorg ni suka tido awal sebb esoknye nak p keje pagi22.tp kalau kerja kerajaan yg masuk kerja kol 8, mmg best la kan, time tu dah panas, matahari dah naik sampai kening baru nak p office.

maybe someday nak p lagi sarawak, tp pas ni tak naik sorang la flight tu, naik berdua dah.hehehe... :)

DOB

Assalmualaikum,

salam sejahtera,

Dengan lafaz Bismillah, blog ini telah lahir (created) pada 23 oct 2009 1238 hrs di serata dunia.saya telah menyambutnya sementara zakiah masih berada di kampung (standby untuk mengajar petang ni). semoga dengan kelahiran blog ini akan menambahkan keceriaan dalam hidup kami di masa hadapan dalam berkongsi pengalaman, pahit manis hidup, komen dan komentar dalam isu semasa.

ini adalah blog peribadi dan segala catitan di dalam blog ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang sudah mati. blog ini juga tidak berkenaan dengan kerjaya profesionalisme kami dalam pengajaran dan dalam mendidik anak bangsa

semoga kepada sesiapa yang sudah melawati blog ini, saya ucapkan terima kasih kerana membaca. thanks.