Salam,waaa...bila tengok countdown kat sebelah tu, ada dalam 3 hari n 17 jam lagi sebelum aku nk p akad nikah, jadi suami dan menjadi raja sehari...sekarang ni aku dah rasa sikit2 debarannya walaupun aku tak balik kampung lagi. tp rasanya kalau dah balik kampung nnt, tengok ada pulak adik beradik dah balik, mau lagi bedebor ni..(mcm time tunang ari tu)..
waaa..aku sebenarnya tak caya, yang aku dah nak berkahwin ujung minggu ni. selama ni pun biasa je balik kampung ujung minggu tapi minggu ni, satu langkah paling besar akan diambil, uuu..serius aku mcm tak percaya..mudah2an dipermudahkan ALLAH hendaknya majlis aku nnt..
sayang kat rumah pulak tgh risau, samada nak beli sampan ke, nak beli bot ke, sbb hujan je kat kampung. aku yang ada kat sini masih lagi tak tahu perkembangan kat kampung sebb dah sebulan aku x balik kampung. dengar kata, air dah naik sampai tepi parit, itu maknanya, bole jadi dah sampai paras2 bahaya...tp aku harap kunci air kat sungai batang tu jadi elok la esok lusa...supaya tak terjadi dari perkara yg tak diingini.
anyway, semua persiapan dah siap, insyaALLAH.rumah sewa, bercuti, duit kenduri, barang hantaran, ilmu di dada semua dah siap. cuma duit hantaran je belum wat bank draft lagi sbb esok baru nak p wat. mungkin esok boleh balik petang n siap2kan semua keperluan pada pagi esok. n esok nk kene singgah teluk intan, p shopping songkok n sampin.huhu..lagi 2 hari baru nak beli? camni la keje engineer, sibuk je..kekeke...
n kepada kawan2 sekerja, aku telah apply cuti seminggu setengah.start 19nov09 sampai 30nov09. 1dec09 baru masuk keje balik.haaa..bila balik ke sini balik tu, mmg ada byk keje nk kene wat, termasuk la kene angkat peralatan rumah dari umah en nazri (tq en nazri) ke rumah baru kami...kepada kawan2 yang sudi nak membantu, bole la bgtau aku k.hehehe..
banjir di parit buntar? berharap sangat rumah kami tak banjir.huu..ye la, bulan 11 12 ni.pertukaran monsun. kadang2 best gak pikir kalau ujan, sejuk jer, tapi kalau dah banjir, kaki ni lagi sejuk lagi pulak kalau lebih dari buku lali. nauzubillah..moga dijauhkan dari banjir..
sampai sini sahaja dulu.dah nak balik dah.lepas ni blogging pasal lepas dah kahwin.aku dah nak kawin? yeyeyyee...nak kawin...(nk kawin kene hepi!!).tapi ni cuak pon ada, but as a normal person mmg ada perasaan cuak ni..aku akan cuba tangani semua ni dgn membaca alfatihah, dan surah wal asr.(inin adalah tips untuk mengurangkan cuak semasa apa jua keadaan)
wasalam
zihad signing out
No comments:
Post a Comment