Sunday, January 17, 2010

14 Feb 2010

Salam,
waaa.. ari ni dah 18 january 2010. maknanya, kurang dari sebulan lagi nk kenduri kat umah aku. n skang ni, aku masih di usm, sambil tunggu kelas petang ni, and sambil rehat lepas tengok research, update la blog ni, apa lagi.hehe..(cara utk release pressure n melatih typing).
kad kahwin dah siap, cantek bangat dengan kos yang rendah.affordable lah utk bajet2 (biasala, kenduri belah laki kan).

so, mintak kawan2 yang dok jauh tu, meh bagi alamat kat phone aku or email aku supaya aku bole pos kad jemputan aku. hehe. and thanks to PMI printing, sbb print kad aku cepat although ada banyak kad yg korg kene siapkan sempena kenduri pada 14 february ni. korg tau2 la kan, semua nk wat 14 feb ni. ada yg kata valentine day, but, bg both of us, kitorg cuma bajet tarikh tu ada cuti n semua bole datang. jom2! datang kenduri kami. aku belanja korang makan.hehehe..

aku berharap la, semoga tak hujan, sbb sekarang ni, masih lagi ada sisa2 hujan ni, sampai banjir2 kat sabah tu. melepasi tahap bahaya pulak dia punya sungai tuu..kesian..semoga ada keimanan yang tinggi untuk menghadapi semua ni. (midan, umah ko kene banjir x?)

so utk kad jemputan, route, aku akan publish on next entry.

zihad signing out




Wednesday, December 16, 2009

Husband & Wife

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak tulis blog ni tiba2 ari ni ada feel nk tulis.hehe. ari ni 17 dec09, dah hampir genap sebulan kami kahwin. dan kini kami tinggal di penang, di rumah sewa kami yang pertama. mmg sungguh bahagia rasanya sekarang. betul lah orang kata, kawin ni ada banyak hikmahnya. rasa macam semua dah jadi seimbang sikit2. anyway, kat sini sy nk sembang pasal majlis kami pada 21 & 22 nov 09 lepas. have to be backdated sebb baru leh settledown minda dan jiwa untuk life yang baru.

21 nov 09 : kami telah bernikah di masjid kampung sungai batang pada pukul 9 malam. AlhamduLILLAH semua berjalan lancar, tiada hujan lebat kerana pada masa itu mmg kami takut akan hujan kerana time tu ujan lebat. sepanjang minggu sebelum hari ni, aku mmg berdoa semoga "jangan lah hujan" dengan sepenuh hati. dipetik dari coretan sahabat yang hadir:

Selekoh,21 Nov -Tepat jam 9.10 mlm, 21 Nov 2009, maka secara rasminya seorang lagi kawan kita Mohammad Zihad Mahmud telah menamatkan zaman bujangnya setelah selamat di ijab qabulkan bersama pasangannya Zakiah Dainuri,25 bertempat di Masjid Kampung Sungai Batang, Selekoh, Perak.

Zihad,25 yg bekerja sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Pusat Pengajian Aeroangkasa USM tiba di tempat majlis kira-kira jam 8.45 mlm. Hanya dengan sekali lafaz, beliau telah sempurna bergelar suami kepada Zakiah. Bercakap kepada pemberita seketika selepas majlis, beliau berasa sangat terharu dengan kehadiran kawan-kawan yg menya'port' beliau ketika saat-saat akhir beliau dalam bachelor club. Majlis akad nikah berlangsung sacara ringkas disertai hujan rintik-rintik serta kehadiran sanak saudara kedua belah pihak telah menjadikan majlis yg cukup indah serta bermakna kepada Zihad & Zakiah.

Dalam lafaz taat setia & taklik yg dilafazkan oleh Zihad, beliau berjanji akan menjaga & mendidik isterinya sebaik mungkin tanpa membiarkan isterinya terabai tanpa perlindungan. Zihad yang menyambut ijab drp tok imam masjid, kelihatan sungguh tenang & menjawab iaitu qabul dengan lancar & jelas.Majlis bersambung ke rumah pengantin perempuan dengan jamuan makan & sesi bergambar. Pemberita tidak dapat menyertai sisi bergambar oleh kerana terpaksa berkejar balik ke utara atas urusan peribadi. Majlis kesyukuran & kenduri akan diadakan hari ini (22 Nov 2009) bertempat di rumah pengantin perempuan di KM34, kampung Sungai Batang, 36200, Selekoh, Perak.

Pihak pemberita tanpa nama (BERTAPA) mengucapkan selamat berbahagia kepada Zihad & Zakiah serta semoga kekal hingga ke syurga hendaknya. Kepada semua pembaca, diharapkan dapat kiranya membac doa ini untuk kedua pengantin.Barakallahu laka, wabarakallahu alaika, wa jama'a bainakuma fi khair - maksudnya: Semoga Allah mengurniakan keberkatan kepada kalian, dan semoga Allah mengurniakan keberkahan ke atas kalian, & semoga Allah memberikan kehidupan kamu berdua dalam kebaikan.Sekian, berita lanjut menyusul..

so? aku dah jadi suami dan berniat untuk menjadi suami yang soleh. malam tu, selepas nikah, upacara makan malam bersama rombongan dan seterusnya adalah sesi berinai dan fotografi. aish, punya la segan, duduk kat pelamin sendiri sebab semua orang tengok je kat kita. entah ada pujian ke, sindiran sinis ke, (cewah), hahaa..punya la segan time tu.kalau tengok gamba pon, muka serius je sbb kontrol punya pasal n rasa kulit muka tegang. lepas ni jgn tanya lagi, kenapa ko tak senyum ni zihad?

huhuhu.. lepas sanding2, tiba masa tukar baju dan aktiviti merenjis oleh keluarga belah perempuan.thanks to all yang merenjis termasuk mak n abah mertua, doakan kami bahagia sehingga ke syurga.AMIN... so, malam tu around pkl 11oo mlm, aku pun beransur pulang bersama 2 orang pengapit setia (rijal n azam) pulang ke rumah. pulang dengan rasa seronok tambah pula dengan tengok muka mae, pae n family yang aku rasakan begitu bahagia dan tidak dapat digambarkan lagi. dalam hati " aku dah jadi suami n ada komitmen yang perlu aku tatang dengan 100% tanggungjawab " bersambung kepada hari majlis kahwin...
wasalam
zihad mahmud

depan tu je geng.tak jauh dah.

Muka nak jumpa tok kadi paling mencabar di area bagan datoh


i know that my car are comfortable.pjalan 15 mint pon bole nap lagi pakcik n anak buahnya ni.hehe

arrive safely.hands up ashraf!


baper kali akad wei? 5,3,2? tengok inai kat jari tu baru betul baper kali akad.yes!


bodyguard check radius 50m for safety


nurin natasya n ashraf



musyawarah menenagkan diri.meh2.




lek kayat, pak ngat dan lek mah pengiring setia kami.thanks!


Muaz b ahmad ramzi


kang jamroh tgh bincang tentatif
ustaz basar, pak yas lek awi dan pak ngat bagi sokongan padu. terima kasih!
syamir, sukenye dia nampak flash camera tu yer
ruang nikah yang begemerlapan
mendengar khutbah nikah dengan teliti
selesai dengan senyuman.
biar debar, tapi leh gak makan wat kenyang perut.
3 generasi berbeza umur
zihad, syamir n ma'e
here comes the bridegroom
our glorious moment
adik ipar tangkap gambar baik2 na.hehe.
Kang jamroh memberi ucapan konklusi
Rombongan dari pihak lelaki (amboi yg pink tu nmpak rajin la pulaks)
kang jamroh dan wak Juli mencapai kata konklusi utk malam itu
Barang hantaran dari pihak perempuan
Barang hantaran dari pihak perempuan
semua dah siap, moh kite balik
Azam n Rijal the kampung mate

Wednesday, November 18, 2009

3 days 17 hours

Salam,

waaa...bila tengok countdown kat sebelah tu, ada dalam 3 hari n 17 jam lagi sebelum aku nk p akad nikah, jadi suami dan menjadi raja sehari...sekarang ni aku dah rasa sikit2 debarannya walaupun aku tak balik kampung lagi. tp rasanya kalau dah balik kampung nnt, tengok ada pulak adik beradik dah balik, mau lagi bedebor ni..(mcm time tunang ari tu)..

waaa..aku sebenarnya tak caya, yang aku dah nak berkahwin ujung minggu ni. selama ni pun biasa je balik kampung ujung minggu tapi minggu ni, satu langkah paling besar akan diambil, uuu..serius aku mcm tak percaya..mudah2an dipermudahkan ALLAH hendaknya majlis aku nnt..

sayang kat rumah pulak tgh risau, samada nak beli sampan ke, nak beli bot ke, sbb hujan je kat kampung. aku yang ada kat sini masih lagi tak tahu perkembangan kat kampung sebb dah sebulan aku x balik kampung. dengar kata, air dah naik sampai tepi parit, itu maknanya, bole jadi dah sampai paras2 bahaya...tp aku harap kunci air kat sungai batang tu jadi elok la esok lusa...supaya tak terjadi dari perkara yg tak diingini.

anyway, semua persiapan dah siap, insyaALLAH.rumah sewa, bercuti, duit kenduri, barang hantaran, ilmu di dada semua dah siap. cuma duit hantaran je belum wat bank draft lagi sbb esok baru nak p wat. mungkin esok boleh balik petang n siap2kan semua keperluan pada pagi esok. n esok nk kene singgah teluk intan, p shopping songkok n sampin.huhu..lagi 2 hari baru nak beli? camni la keje engineer, sibuk je..kekeke...

n kepada kawan2 sekerja, aku telah apply cuti seminggu setengah.start 19nov09 sampai 30nov09. 1dec09 baru masuk keje balik.haaa..bila balik ke sini balik tu, mmg ada byk keje nk kene wat, termasuk la kene angkat peralatan rumah dari umah en nazri (tq en nazri) ke rumah baru kami...kepada kawan2 yang sudi nak membantu, bole la bgtau aku k.hehehe..

banjir di parit buntar? berharap sangat rumah kami tak banjir.huu..ye la, bulan 11 12 ni.pertukaran monsun. kadang2 best gak pikir kalau ujan, sejuk jer, tapi kalau dah banjir, kaki ni lagi sejuk lagi pulak kalau lebih dari buku lali. nauzubillah..moga dijauhkan dari banjir..

sampai sini sahaja dulu.dah nak balik dah.lepas ni blogging pasal lepas dah kahwin.aku dah nak kawin? yeyeyyee...nak kawin...(nk kawin kene hepi!!).tapi ni cuak pon ada, but as a normal person mmg ada perasaan cuak ni..aku akan cuba tangani semua ni dgn membaca alfatihah, dan surah wal asr.(inin adalah tips untuk mengurangkan cuak semasa apa jua keadaan)

wasalam

zihad signing out

Wednesday, November 11, 2009

map to our wedding ceremony


View Larger Map

good evening,

hari ni dh 12/11/2009. so dah tak lama dah.dalam 10 hari je lagi untuk our wedding day. debaran mula dirasai..huuu

anyway, kepada sapa2 yg berhajat utk pergi kenduri kami di sg batang, aku dah letak kat posting kali ni.

map kat atas adalah map dari nibong tebal, penang dan terus ke sg batang, selekoh, perak. around 3.5 jam kalau ikut jalan yg aku tunjuk kat atas ni. jalan kat atas ni pula jln yg tak melalui tol ipoh. so ikut jalan kampung, mcm terung, pantai remis, manjung and selekoh. jalan dia ok, cuma ada liku2 macam ular kena palu di area pantai remis - manjung..

n sape2 yang dari area lain, KL, Johor, bole belek2 dalam google map ni dan bole taip destination from korang. nnt dia akan highlight jalan yang elok untuk lalu.hehehe.kira macam gps tp function die lain sikit la..hehee...

so mintak sape2 yang ikut jalan tu, harap jangan la buat drift ke, sbb mmg agak bahaya. abg ipar aku cakap mmg ada kereta masuk parit sbb bawak laju and cucuk angin kereta orang lain...

so, semoga korang selamat pergi n kembali. bawa lah kereta anda dengan selamat. walaupun secanggih mana kereta anda, ia masih akan berlaku kecelakaan jika anda membawanya dengan tidak selamat.moga dijauhkan...

thats all for this evening...

bye..

zihad signing out