Thursday, October 12, 2017

SEMPURNAKAN SOLAT KITA

*ULANGKAJI MENGAJI*

*SEMPURNAKAN SOLAT KITA*

*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*

*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita*

*Rukun solat ada 13*

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

*Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian*

*I. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
*2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
*3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

*Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat*

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).

*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat*

*1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*

*2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*

*3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*

*4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*

*5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*

*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?*

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*

*1. Semasa Takbiratul Ihram*

*2. Semasa membaca Al Fatihah*

*3. Semasa Tahiyat Akhir*

*4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*

*5. Semasa lafaz salam*

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun*

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

*Sebarkan kebaikan*
*Kongsikan kebahagiaan*

MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA

MENGAPA  LUBANG HIDUNG ADA DUA


Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.
Apakah fungsinya sama?
Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.
Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).
Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.
Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.
Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.
Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?
Sebelah kiri atau kanan?
Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah.
Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.
Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.
Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.
Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.
Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.
Silakan di-share untuk teman, sahabat, keluarga, dan lain-lain
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....
Sumber: Ustaz Ahmad Nasir

TIPS Rawatan MADU

🍯TIPS Rawatan MADU.

Madu Tualang Asli Dr Bazrul Terus Dari Hutan. Madu Terbaik Dunia dengan kadar enzim DN 36.2 mengikut standard antarabangsa CODEX.

Selamat Mencuba! *InsyaAllah*

(Penafian: Ini adalah sekadar petua, ianya kesan tidak sama bergantung kepada individu pesakit jika penyakit berlarutan terus jumpa doktor berdekatan)

🅾👉GASTRIK👈
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu asli sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉DEMAM👈
 Ambil 2 sudu kecil madu asli dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

🅾👉KANSER USUS👈
 Boleh disembuhkan dengan gunakan madu asli yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu asli dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

🅾👉CIRIT BIRIT👈
Campurkan 2 sudu madu asli dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

🅾👉ANTIBIOTIK👈
1 sudu kecil madu asli dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

🅾👉BATUK👈
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu asli. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu asli. Limau nipis diperah dalam air madu asli. Minum 3 kali sehari

🅾👉BIBIR PECAH👈
1 sudu kecil madu asli di tempat bibir yang pecah

🅾👉KENCING MANIS👈
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu asli sebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉BENGKAK/BENJOL👈
1 sudu besar madu asli + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

🅾👉CERDAS👈
 2 sudu kecil madu asli + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

🅾👉CERGAS👈
 Minum 1-2 sudu kecil madu asli 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

🅾👉DARAH TINGGI👈
 1 sudu kecil madu asli di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

🅾👉DARAH KURANG (Anemia)👈
Makan madu asli 3 sudu kecil  3 kali sehari.

🅾👉KUDIS👈
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu asli, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

🅾👉LUKA👈
 Sapukan pada luka. Gunakan madu asli dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

🅾👉SAKIT JANTUNG👈
6 sudu kecil madu asli + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

🅾👉SAKIT PINGGANG👈
 1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu asli, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

🅾👉SAKIT PERUT👈
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu asli 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

🅾👉SESAK NAFAS👈
3 sudu kecil madu asli + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

🅾👉SUSAH TIDUR👈
2 sudu kecil madu asli + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

🅾👉SEMBELIT👈
2 sudu kecil madu asli + segelas susu di minum setiap 4 jam.

🅾👉SUARA SERAK👈
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu asli lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

🅾👉SELERA MAKAN👈
 Minum 1-3 sudu kecil madu asli 3 kali sehari

🅾👉ANAK KENCING MALAM👈
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu asli.  Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

🅾👉KESIHATAN ANAK👈
Madu asli dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak....

Tak tau nak cari kat mana madu asli terus dari hutan dengan kadar enzim DN 36.2? Jangan risau 📲

http://www.wasap.my/+60195760035

Wednesday, July 26, 2017

Too much thing gain. But which one?

Assalamualaikum and a very good morning for myself and readers,

As for today i am having a bit non normal day. Because there a lot of thing circling inside my mind now and these things need particular attention. Each options, each steps that are made, or will be made, will have its impact to the next flow or the next process. With a limited resources right now, (but it is better than before, ALhamduLILLAH), my lovely wife and I have made few improvements after few adjustments have been made after a few headache situations. But yes, after all, Allah will not test his servants if His servants cant stand on it. And yes, we have survived the test, and syukur, we made it.

What i want to do is i will take half an hour to reschedule my options and my life so that these things is not stuck in my mind and will be manage thoroughly. Write it on my notebook, (and i lost my pen again and again today), so that it will be processed to be a reliable actions.

To share with you guys, as for today, for my working life, i have committed to be the director of a RC Airplane Flying Program. We can call it RAFP. The link is here. (www.flyoutreach.com) and look for posting regarding Aerospace DIscovery Centre 2017. There are a lot of pictures on how the students, learn to assemble, learn to fly these RC Airplanes in their school. RC simulators also supplied to them so that they can fill in their time and to train their skills. Who said being a pilot is an easy task? But yet the boy, wearing that grey shirts can fly with trainer help. Congrats. 


For this july 2017, I also managed to run small business (www.arduasia.blogspot.com). This RC business is solely about remote control application for air, ground and sea. Not yet for underwater. With the help of facebook, ArduAsia managed to have 1600 followers in 12 months from its created in july 2016. Through marketing free help, learn from youtube, (you can search Dr Azizan Osman), yes, what he said is true. We managed to sell RC parts and even our own RC product. We also managed to have 4 selling agents around Malaysia that are located at Alor Setar Kedah, Bandar Baharu Kedah, Kelang Selangor, Kuantan Pahang and also Johor Bahru. 

Our first product is about using the third channel in the remote control that are seldom used. We managed to sell around 10 units of it. And for this month, we also launch our second product that is reverse beeper that is targeted for the RC Trucks that have caution alarm. We have sell 4 of it in 2 weeks time and we hope, we can collect more orders and sale after these customers have tested and published it in facebook and adds. Thanks Richworks, thanks Dr Azizan. You guys have helped me a lot to build my ArduAsia and now we are the most trusted seller in Malaysia for RC arena.

Anybody need a ride?
ArduAsia Reverse
 And as for my work here, i need to finish the assembly of CH750 by the end of this year. Yes, 5 months left. But me myself will target it for 3 months starting from this week. I managed to rivet the skeleton of the right wing. And for today, I will continue to install the Leading Edge Skin of the wing by using clecos, and will rivet them while this wing is still upside down. Will flip this wing and will continue to install the wing tank and the outboard composite skin. I will definitely finish my target by this week on Friday that is tomorrow. 28/7/2017. 


CH750


Sunday, May 14, 2017

Membeli kereta MPV

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah hampir 8 tahun berumah tangga, anak anak sudah semakin bertambah. Dari seorang, tambah kepada dua dan kini sudah ada tiga orang anak. InsyaALLAH yang keempat sedang dalam waiting list, 9 bulan lagi insyaALLAH.

Setelah hampir berkira kira dan berkira hampir selama setahun, akhirnya pada 12/5/2017 sabtu lepas, kami terus pergi ke perodua juru untuk tengok MPV dan sekarang sedang berurusan dengan en khairul, salesman. InsyaALLAH esok, isnin, terus berhubung lagi untuk uruskan berkenaan dengan loan mpv ini.

Sememangnya menjadi seorang bread winner, mmg sukar untuk mencari mpv yang bajet. saya rasa korang pun tahu keadaan ni. Bukan hanya memerlukan kereta yang boleh menampung anak anak, dan isteri, malahan kalau balik kampung, perlu juga memerlukan sebuah kereta yang boleh bawa mak bapak sendiri dan juga mak dan bapak mertua. sayang sangat kat mak bapak kita kan.

Myvi selama 8 tahun


Pada umur 33 tahun pada tahun ini, kami telah menggunakan kereta myvi hampir 8 tahun. Iaitu pada tahun 2009, saya berjaya beli sebuah kereta myvi dengan 10% downpayment (ditambah RM1000 oleh isteri saya pada waktu itu) dan dapatlah sebuah myvi kelabu manual togel (takde spoiler) yang memangnya alhamdulillah tak pernah meragam selama pakai sehingga hari ini. Setakat aksesori problem sikit2 tu mmg lumrah. Enjim 1300cc memang tiptop tiada pernah membawa masalah. Walaupun sudah 8 tahun tetapi kalau dah sampai masa servis, memang akan bawa ke servis perodua terdekat iaitu di nibong tebal atau pun juru. (www.perodua.com.my). Servis terakhir yang paling basic yang kami buat adalah juga pada sabtu lepas iaitu total RM145 dengan menukar minyak hitam 10000km, oil filter, dan lampu brek merah ke tiga.


Lampu brek merah ketiga (iklan)


Memang, lampu brek merah ketiga ini adalah yang paling penting kerana untuk bagi kereta belakang nampak bahawa kita sedang membrek dan tak kena saman. Bayangkan selama 8 tahun kami pakai myvi hanya 3 kali tukar lampu merah.  Itu pun sebab pada kali pertama, saya pergi tukar lampu merah di kedai aksesori biasa dengan jenama tiruan, oem, korea ke china pun dah tak ingat. Tapi tak sampai seminggu lampu tu pun dah out. Adoi. Lepas tu beli di perodua servis pada waktu tu RM5 sahaja kalau tak silap. Kemudian, sabtu baru ni baru tukar lagi sekali. Kali ni RM12 di Perodua Servis Nibong Tebal. Bayangkan, 3 kali sahaja tukar lampu merah.


Sambung cari kereta.


Korang jangan ceritalah, memang akan banyak korang surf website untuk cari kereta, pada waktu tu saya start dengan cari kereta di www.mudah.my. Memang syok pilih kereta ikut yang kita nak dalam tu tapi kena ingat budget. Tulis je la toyota mpv, honda mpv. Dalam hati tu mula mula mesti nak belis Toyota Estima, so untuk bajet yang boleh dalam RM1000 adalah dapat estima yang lama tu. Yang warna gold dan sekian2. Kalau pilih yang estima aeras, lebih kurang rm1500 sebulan. Kita ni bajet tak la tinggi sangat, dalam RM1000 tu pun dah agak jauh sebab bukan apa, kereta myvi saya sebulan RM500. Mana nak cekau lagi RM500?


Lepas tu tengok pulak mpv lain iaitu Honda Stream. Kalau yang CRZ tu lebih kurang mau2 RM700 - RM900 berdasarkan mudah.my. Ok la kan. tengok balik poket dan bajet, macam nak boleh.

Lepas tu tengok lagi, Toyota Avanza, alamak, dalam hati takkan nak pakai mpv yang nampak semi retro ni. Dah biasa naik kereta kawan, boleh la, tinggi sikit, tapi macam biasa je pulak. Orang kata kepuasan bila dah bekerja hampir 10 tahun ni..tapi ni yang second hand tau. dalam RM30k hingga 40k.

Lepas tu mesti korang survey lain, dan pencabar terdekat kepada mpv estima adalah Toyota Innova. Waaahhh..bukan main besar kan. Tapi tinggi pulak saya tengok pintu kereta ni. Untuk anak kami yang sekarang darjah 1, 5 tahun dan 3 tahun, saya rasa macam tinggi sangat. Dan bulanan agak2 la berapa?

So rilek dulu...close the book..fikir perkara lain dulu.

Tengok di Used Car Shop


Step kedua, kawan bagitau, elokla pergi tengok kat used car. Lebih baik tengok di used car, boleh tengok keadaan dalam kereta, boleh tengok bunga tayar, boleh tengok engine bay dan boleh test drive.


Oleh kerana kami tinggal di parit buntar, tak banyak kedai macam di kuala lumpur. Agak limited orang putih kata, so ada tak sampai 10 kedai di area sini. Satu pengalaman baru apabila pergi ke kedai used car, sebab sebelum ni kan beli kereta Myvi baru, so mmg tak pernah la ada pengalaman ke kedai used car.

Dup dap..wife kata jom kita tengok estima. alah tengok ja. Jom..Beranikan diri singgah di used car dan tengok kereta estima di kedai area permatang keling. Waa..boleh sliding door di kedua dua pintu belakang. Takjub juga la tengok mpv boleh buka pintu sendiri automatik. Tempat pemandu pula bukan main luas kat belah depan. Dibandingkan dengan kelajuan, memang biasa tengok estima ni membelah jalan cam tu ja. Engine 2.4, memang la laju ye tak. Tapi bila pikir balik, berapa insurans dan roadtax? Estima pertama kitorang tanya pada waktu ini adalah RM92000. Ingat lagi harga ni, sebab first estima kitorang tanya. Tapi seller kata ada dah orang book. Kitorang tanya camne dia boleh book? Seller bagitau, dia book dulu dengan hantar application untuk loan. Dan tengok boleh lulus atau tak dulu. Lagi? Estima ni adalah used car dan umur mpv ni register pada 2000-2009. Kalau tak silap tahun tahun ni. Tapinya loan tak boleh 9 tahun, ianya hanya boleh buat loan 5 tahun camtu. Jadinya kalau RM90 000, lepas tu loan 5 tahun, bulan2 kena bayar lebih kurang rm1000 dengan ada downpayment dalam RM20 000.

OK. Sekarang pengalaman baru kena ada duit downpayment lebih kurang banyak tu untuk potong kos asal dan bulan bulan rendah. ok. keluar kedai..

Sampai kedai lain.


Pergi pula satu lagi kedai ni, estima juga..hehe..memang cantik yang ni estima executive. Kerusi kulit dan kerusi bahagian tengah tu hanya 2 tmpt duduk. Yang belakang 3 tempat duduk. Dengan seat kulit, harga jualan tak ingat, tapi bulanan dalam RM1500. Sebab apa tinggi? Sebab bank tak boleh nak bagi loan lama lama. Kalau boleh pun dalam 5 tahun sahaja. Itu sebab tinggi. Kedai ni di Sungai Acheh. Boleh la kalau korang nak pergi, owner melayu, memang baik. Kami pun tutup buku di sini dengan tinggalkan no phone. Malam tu dia wassap lagi estima warna putih, baru, fuuhh..cantik benar..tapi masih lagi out of range. Ni belum kira maintenance tau.


Kalau korang kata aku time ni tengah tak pikir poket sendiri, memang pun. Macam dalam surat khabar kata, orang makan gaji tak pandai kawal duit, aku rasa pernyataan tu cukup salah. Semua rakyat malaysia ni tahu kawal duit, kalau tak tahu kawal duit, dah jadi mcm indon atau negera lain yang memang di selok mana pun adanya rasuah. Tak tahulah di bahagian atas, tapi bagi kami yang di bahagian lapisan pertengahan ni, memang kami tahu kawal duit kami. Mencari mpv yang boleh tahan lama, dari segi bila anak dah besar nanti, contoh anak kami sekarang umur 7 tahun. Kalau ambik loan 9 tahun, dan tak tukar kereta langsung, macam setianya kami naik myvi sebelum ni, so pada umur 16 tahun nnt anak kami dah besar dan ada adik2 yang lain. Nak anak 6 orang sebenarnya insyaALLAH.
So, target, cari mpv yang boleh pakai jangka masa panjang.

Estima, Innova


Kedua dua mpv ni mmg menang dari segi space dari mpv mpv lain. Tapi perkara selepasnya yang rasa pada kami pada ketika ini boleh kalah, iaitu dari segi maintenance dan juga dari segi insurans dan roadtax.


Roadtax dan insurans

First sekali roadtax, entah la, kalau cc 2.4 ni, berapa RM roadtax. Dan kalau harga mpv ni rm90000 - rm40000, insuranns mesti lebih kurang rm1500 se tahun. kalau tolak ncd kereta myvi ni, lebih kurang la adalah rm800 setahun. Di bahagikan RM800/12 (setahun) = ?. So banyak ni la kena masukkan dalam perbelanjaan bulanan.

Maintenance

Enjin pun tak pasti lagi bila nak rosak.Sebab kalau rosak, kena hantar ke kedai untuk repair, kedai kedai biasa tepi jalan. Kalau hantar ke toyota boleh ke laut jawabnya. haha..so disebabkan dah biasa pergi perodua servis, yang sememangnya harga flat rate, dan pekerja hanya makan gaji dan bukan tokay kedai servis tersebut, (pemikiran otak kanan), so memang agak sukar la sekarang ni.

Selalunya yang bawa estima ni nampak kalau kat tempat kerja tu memang yang berduit la. supplier. lecturer. professor. So memang tak lalu la nak bayar.haha.

Enjin besar.minyak hitam pun mestilah banyak nak pakai. berapa tong? cuba bagitau kot ada owner estima kat sini.

Tayar

Tayar pulak berapa nak beli sebuah tayar? haha. Selalu kalau beli tayar standard kereta myvi ni dalam rm120 - rm140. Untuk seorang breadwinner, boleh ja nak pakai ni.

Interior

Memang best la dengan sunroof dan sebagainya. Tapi dashboard untuk estima lama ni, mmg nampak old fashion sangat. takda la nak bling bling. bagitahu kepada wife, memang la dashboard dia biasa biasa sahaja, sebab kalau kereta estima ni untuk org2 berada dan selalunya owner duduk belakang, driver duk depan. (teringat mak sedara mmg kaya ada komepni sendiri, eksiden naik estima dan time tu duduk di belakang).

Anak anak?

Memang seronok la boleh lari melompat keriangan.hehe..ni paling win. 

Baru ni pulak, ada saudara saya naik honda civic 1.7. Bujang lagi. beli cash tau. Tapi dia cakap ada satu problem mana enjin kereta ni suka mati ikut suka dia, Dah check pomen, semua, tapi tak dapat nak kesan mana rosak. Elok pulak dia nak p langkawi, bawak la kereta ni, tapi bawak sekali dengan spare part untuk setiap kerosakan yang memungkinkan kereta breakdown sepanjang perjalanan dan worst to worst adalah di langkawi. Saya fikir, ouh, macam ni la sebab kereta ni rare, dan spare part kena standby, Nasib baik spare part kereta ni dia pinjam kawan2. 

ok..close book for now....

Pergi lagi kedai used car.

Pada satu hari ternampak la ada sebuah kereta Nissan grand livina. hari hari dok lalu  depan kedai pada satu hari ajak anak bini singgah di situ. Waaa..yang ni memang best la. Baru pakai 3 tahun lepas tu dah letgo. Enjin 1.8 di mana kalau beli di www.nissan.com.my, dalam rm110000. Di kedai ni depa nak tolak dalam rm73k. Mahal ke murah? Seat kulit, dan tiada bodykit. Tengok punya tengok, bawa la test drive. Memang menarik la. Dia punya button di stereng sangat la fix. (Estima takda button di stereng tau). Terasa sangat berkualiti stereng dan radio. Engine bay sangat la bersih dan siap ada lagi penandaan warna dan cat kilang di bahagian fitment engine. Ok..test drive...(first kereta used car yang test drive).

Ok ja..semua ok. Bila kita buat kira kira, lebih kurang RM900 sebulan. hmmm...rm900...hmm..boleh2 kot...balik dulu..tinggalkan nombor..balik tanya adik beradik dan bcg dengan isteri. Kalau korang perasan kesemua mpv in mind semua sekarang ni kereta oversea. Ini namanya kemahuan. Sebab nak la juga rasa, best ke kereta oversea ni yang sememangnya best. Lepas tu adik beradik bgtau mcm mahal. baik ambik kereta baru dgn rege tu. livina 1.6 pun boleh. Bukak pulak mudah.my, memang mudah.my sangat membantu, dan dpt tau pulak kat ipoh, livina yang sama spec, ada bodykit, harga lagi rendah..kurang 10k. Terus la pendamkan hasrat untuk livina yang ni. Perkara sama juga, kalau nak maintenance, mungkin kurang la sikit, minyak hitam dan filter2. Dan roadtax 1.8 dengan insurans berapa ye? hmm...closed.

Esoknya pergi pulak butterworth, singgah tengok livina used di sana, dah siap naik dan tengok dalam, lagi kotor tapi murah la...bau rokok dapat sekali...dan kedai ni je la pi tengok..tak tengok kedai lain. 

ok..closed the book.

Kalau korang pun mesti sama la dengan kami ni. mesti pikir yang ni.

Jalan jalan lagi..kali ni keluar kereta mpv baru dari honda iaitu HONDA BRV. wow. kawan kata pickup best. Ok, study pulak HONDA BRV. ianya adalah SUV. Sport Utility Vehicle. Tayar besar dan boleh ada 7 seater. Pergi la juga tengok BRV Display di Mydin Parit Buntar. Bawa anak2 pergi naik kereta sewa rm3 tu, wife dengan saya pergi try. 

Pada pendapat, ok la. mmg la murah dalam rm85k kalau tak silap, tapi nampak kualiti mcm biasa biasa je. Lowest price yang honda boleh bagi kot. Tekan door panel pun ada goyang2..adoi..bila lipat kerusi nombor dua, bukan masin kasar dia melipat..hehe..indoor pun nampak mcm biasa je..

ok2..tak lalu la nak bayar rm1000 sebulan dan maintenance honda yang diorang kata paling biasa pun rm300. rm300 ni kalau kat perodua lebih kurang jarang2 la nak kena. selalu tu 200 lebih..hmmm...tak mampu dan bukan masanya kot.

kita drop down the list lagi.

One day tertengok video daripada RodaPusing, memang kreatif la abang berdua ni. Orang melayu, pandai cakap santai. Dan membezakan antara tiga mpv iaitu nissan grand livina, exora supreme p, dan alza advance. 

Boleh tengok video kat bawah ni la.


mmg layan betul tengok video abang berdua ni. Dan mereka memang setanding paultan video review. Keep it up!.

Di situ ada alza dan exora. So sekarang eyes on alza la pulak. Maklumla, aim high dahulu. hehe..kenapa tak ambik exora? ya, mmg dari segi keluasan exora mmg luas, tapi dah pernah naik kereta kawan ke KL dengan exora, rasa tak selesa sikit time tu duduk row nombor 2. Dan servis centre proton rasa elok diorang improve la. Kalau compare perodua dengan proton servis centre mmg nampak perbezaan. Perbandingan ini adalah perbezaan antara proton dan perodua servis centre di nibong tebal sahaja ya. Di tempat tempat lain mmg tak da komen. 

Ok. pergi ke Perodua Sales di Nibong Tebal  dan berkenalan dengan seller di situ. Diorang bagitau, memang boleh trade in myvi di situ. Lebih kurang rm12k. Lepas tu boleh order dengan diorang alza, boleh dapat dalam masa 4 minggu - 6 minggu. Kejap..alang alang nak raya ni, baiklah aku pakai untuk raya..boleh bawa mak jalan2.

ok balik dulu. 

Nissan Serena C24
One day, singgah satu kedai ni, nissan serena c24. (https://en.wikipedia.org/wiki/Nissan_Serena Wife bagitahu yang ni adalah mini estima.



Tak kisahla, janji kerusi belakang dia best. Bayangkan second row, hanya ada 2 seat. Tgh kosong. Belakang pula boleh duduk 3 orang. Tapi untuk korang yang tak pernah tengok serena di used car, cubalah pergi. Apa yang menarik adalah kerusi di bahagian tengah boleh pusing menghadapa ke belakang. haaa..boleh mesyuarat..main dam atau main catur. Ruang letak barang memang besar kat belakang tu. Tak payah letak box atas lagi dah. 




Cumanya, gear dia mcm van dulu2. Di tengkuk stereng..hehe..rasa lain macam pulak..lepas tu maintenance dia pulak spart mmg ada di parit buntar. tapi jarang pulak nampak serena ni di jalanan walaupun di parit buntar. Lepas tu tanya la, tv kat atas ni ok ke tak? Seller kata "kalau ok, u untung la". Aku sambung dalam hati, "kalau tak hidup, mana aku nak campak tv ni? lepas tu ada lubang pulak". Minat tu ada tapi spoil lah..Kawan kata serena ok ja, walaupun kereta tak jalan 4 jam tapi enjin masih hidup. oh ya..betul la, bila pikir balik kalau masa balik kampung tu, teringat la banyak kereta tersadai di sepanjang plus highway area terowong menora. Kenapa? Sebab jem, bila jem, kadang kadang kereta tak jalan. Bila kereta tak jalan, enjin tak boleh nak cool down terus temperature tinggi.dan kebanyakan kereta kereta oldies. tapi bila pikir kita ni...ok close dulu...

Perodua Alza ADVANCE

Ok...alza pulak la..Mai nak bagitau daripada tak paham sekarang dah paham dah. 

ALZA sekarang dah ada 3 series. Iaitu Alza S, Alza SE dan Alza advance. Boleh tengok brochure ni di sini.


Lama juga fikir ni. Mula mula sebab minat la ada kaler biru, tapi rupanya biru tu untuk alza s. iaitu alza basic. Tengok balik spec, memang ada beberapa yang tak termasuk dalam alza s ni. Dan hasil gabungan pengalaman sebelum ni, rasa mcm nak pakai kereta yang ada seat kulit dan auto. So, fokus Alza advance. Hehe,,memang berul orang kata bila kita membuat tindakan ni, akan bergantung kepada apa yang dah kita lalui sebelum ini.

a) siap ada Touch screen panel di bahagian depan (melebihi estima)
b) ada video screen di bahagian siling (sama mcm kereta nissan serena lama, owner lama tambah), 
c) seat kulit (macam estima dan serena lama), 
d) tayar lebih kecil (macam myvi, kos lebih rendah), 
e) CC lebih rendah iaitu 1500 cc (tidak lebih daripada 2400 cc macam estima dan 1800 cc mcm nissan grand livina).
f) Baru dan bukan used car (Kawan bagitau kalau tight budget baik ambik kereta baru)
g) Wife suka, kita pun gembira. Wife mmg concern takut breakdown tgh jalan dgn anak2.
h) maintenance terkawal (hasil dari pengalaman 8 tahun pergi servis di perodua).
i) boleh muat 7 orang.
j) cuma kena beli box atas tu sebab mmg tak cukup muat untuk bawa barang untuk balik kampung.
k) budget untuk alza advance ni RM700 max kalau downpayment 10%. 

Masa kami pergi showroom di juru, mereka ada scheme trade in car. Apalagi, terus tanya la myvi 2009 sx dapat berapa? Diorang kata macam boleh 13k. Ok la tu. boleh tolak dengan baki, hampirlah dapat 10%. Tambah sikit lagi boleh dapat box atas.

So clear, ambik Alza Advance. yei!

Sekarang tunggu proses moga2 semua ok je. Nak bawak pae n mae pergi subang awal ramadhan lawat kakak kita di sana. moga selamat.