Sunday, May 14, 2017

Membeli kereta MPV

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah hampir 8 tahun berumah tangga, anak anak sudah semakin bertambah. Dari seorang, tambah kepada dua dan kini sudah ada tiga orang anak. InsyaALLAH yang keempat sedang dalam waiting list, 9 bulan lagi insyaALLAH.

Setelah hampir berkira kira dan berkira hampir selama setahun, akhirnya pada 12/5/2017 sabtu lepas, kami terus pergi ke perodua juru untuk tengok MPV dan sekarang sedang berurusan dengan en khairul, salesman. InsyaALLAH esok, isnin, terus berhubung lagi untuk uruskan berkenaan dengan loan mpv ini.

Sememangnya menjadi seorang bread winner, mmg sukar untuk mencari mpv yang bajet. saya rasa korang pun tahu keadaan ni. Bukan hanya memerlukan kereta yang boleh menampung anak anak, dan isteri, malahan kalau balik kampung, perlu juga memerlukan sebuah kereta yang boleh bawa mak bapak sendiri dan juga mak dan bapak mertua. sayang sangat kat mak bapak kita kan.

Myvi selama 8 tahun


Pada umur 33 tahun pada tahun ini, kami telah menggunakan kereta myvi hampir 8 tahun. Iaitu pada tahun 2009, saya berjaya beli sebuah kereta myvi dengan 10% downpayment (ditambah RM1000 oleh isteri saya pada waktu itu) dan dapatlah sebuah myvi kelabu manual togel (takde spoiler) yang memangnya alhamdulillah tak pernah meragam selama pakai sehingga hari ini. Setakat aksesori problem sikit2 tu mmg lumrah. Enjim 1300cc memang tiptop tiada pernah membawa masalah. Walaupun sudah 8 tahun tetapi kalau dah sampai masa servis, memang akan bawa ke servis perodua terdekat iaitu di nibong tebal atau pun juru. (www.perodua.com.my). Servis terakhir yang paling basic yang kami buat adalah juga pada sabtu lepas iaitu total RM145 dengan menukar minyak hitam 10000km, oil filter, dan lampu brek merah ke tiga.


Lampu brek merah ketiga (iklan)


Memang, lampu brek merah ketiga ini adalah yang paling penting kerana untuk bagi kereta belakang nampak bahawa kita sedang membrek dan tak kena saman. Bayangkan selama 8 tahun kami pakai myvi hanya 3 kali tukar lampu merah.  Itu pun sebab pada kali pertama, saya pergi tukar lampu merah di kedai aksesori biasa dengan jenama tiruan, oem, korea ke china pun dah tak ingat. Tapi tak sampai seminggu lampu tu pun dah out. Adoi. Lepas tu beli di perodua servis pada waktu tu RM5 sahaja kalau tak silap. Kemudian, sabtu baru ni baru tukar lagi sekali. Kali ni RM12 di Perodua Servis Nibong Tebal. Bayangkan, 3 kali sahaja tukar lampu merah.


Sambung cari kereta.


Korang jangan ceritalah, memang akan banyak korang surf website untuk cari kereta, pada waktu tu saya start dengan cari kereta di www.mudah.my. Memang syok pilih kereta ikut yang kita nak dalam tu tapi kena ingat budget. Tulis je la toyota mpv, honda mpv. Dalam hati tu mula mula mesti nak belis Toyota Estima, so untuk bajet yang boleh dalam RM1000 adalah dapat estima yang lama tu. Yang warna gold dan sekian2. Kalau pilih yang estima aeras, lebih kurang rm1500 sebulan. Kita ni bajet tak la tinggi sangat, dalam RM1000 tu pun dah agak jauh sebab bukan apa, kereta myvi saya sebulan RM500. Mana nak cekau lagi RM500?


Lepas tu tengok pulak mpv lain iaitu Honda Stream. Kalau yang CRZ tu lebih kurang mau2 RM700 - RM900 berdasarkan mudah.my. Ok la kan. tengok balik poket dan bajet, macam nak boleh.

Lepas tu tengok lagi, Toyota Avanza, alamak, dalam hati takkan nak pakai mpv yang nampak semi retro ni. Dah biasa naik kereta kawan, boleh la, tinggi sikit, tapi macam biasa je pulak. Orang kata kepuasan bila dah bekerja hampir 10 tahun ni..tapi ni yang second hand tau. dalam RM30k hingga 40k.

Lepas tu mesti korang survey lain, dan pencabar terdekat kepada mpv estima adalah Toyota Innova. Waaahhh..bukan main besar kan. Tapi tinggi pulak saya tengok pintu kereta ni. Untuk anak kami yang sekarang darjah 1, 5 tahun dan 3 tahun, saya rasa macam tinggi sangat. Dan bulanan agak2 la berapa?

So rilek dulu...close the book..fikir perkara lain dulu.

Tengok di Used Car Shop


Step kedua, kawan bagitau, elokla pergi tengok kat used car. Lebih baik tengok di used car, boleh tengok keadaan dalam kereta, boleh tengok bunga tayar, boleh tengok engine bay dan boleh test drive.


Oleh kerana kami tinggal di parit buntar, tak banyak kedai macam di kuala lumpur. Agak limited orang putih kata, so ada tak sampai 10 kedai di area sini. Satu pengalaman baru apabila pergi ke kedai used car, sebab sebelum ni kan beli kereta Myvi baru, so mmg tak pernah la ada pengalaman ke kedai used car.

Dup dap..wife kata jom kita tengok estima. alah tengok ja. Jom..Beranikan diri singgah di used car dan tengok kereta estima di kedai area permatang keling. Waa..boleh sliding door di kedua dua pintu belakang. Takjub juga la tengok mpv boleh buka pintu sendiri automatik. Tempat pemandu pula bukan main luas kat belah depan. Dibandingkan dengan kelajuan, memang biasa tengok estima ni membelah jalan cam tu ja. Engine 2.4, memang la laju ye tak. Tapi bila pikir balik, berapa insurans dan roadtax? Estima pertama kitorang tanya pada waktu ini adalah RM92000. Ingat lagi harga ni, sebab first estima kitorang tanya. Tapi seller kata ada dah orang book. Kitorang tanya camne dia boleh book? Seller bagitau, dia book dulu dengan hantar application untuk loan. Dan tengok boleh lulus atau tak dulu. Lagi? Estima ni adalah used car dan umur mpv ni register pada 2000-2009. Kalau tak silap tahun tahun ni. Tapinya loan tak boleh 9 tahun, ianya hanya boleh buat loan 5 tahun camtu. Jadinya kalau RM90 000, lepas tu loan 5 tahun, bulan2 kena bayar lebih kurang rm1000 dengan ada downpayment dalam RM20 000.

OK. Sekarang pengalaman baru kena ada duit downpayment lebih kurang banyak tu untuk potong kos asal dan bulan bulan rendah. ok. keluar kedai..

Sampai kedai lain.


Pergi pula satu lagi kedai ni, estima juga..hehe..memang cantik yang ni estima executive. Kerusi kulit dan kerusi bahagian tengah tu hanya 2 tmpt duduk. Yang belakang 3 tempat duduk. Dengan seat kulit, harga jualan tak ingat, tapi bulanan dalam RM1500. Sebab apa tinggi? Sebab bank tak boleh nak bagi loan lama lama. Kalau boleh pun dalam 5 tahun sahaja. Itu sebab tinggi. Kedai ni di Sungai Acheh. Boleh la kalau korang nak pergi, owner melayu, memang baik. Kami pun tutup buku di sini dengan tinggalkan no phone. Malam tu dia wassap lagi estima warna putih, baru, fuuhh..cantik benar..tapi masih lagi out of range. Ni belum kira maintenance tau.


Kalau korang kata aku time ni tengah tak pikir poket sendiri, memang pun. Macam dalam surat khabar kata, orang makan gaji tak pandai kawal duit, aku rasa pernyataan tu cukup salah. Semua rakyat malaysia ni tahu kawal duit, kalau tak tahu kawal duit, dah jadi mcm indon atau negera lain yang memang di selok mana pun adanya rasuah. Tak tahulah di bahagian atas, tapi bagi kami yang di bahagian lapisan pertengahan ni, memang kami tahu kawal duit kami. Mencari mpv yang boleh tahan lama, dari segi bila anak dah besar nanti, contoh anak kami sekarang umur 7 tahun. Kalau ambik loan 9 tahun, dan tak tukar kereta langsung, macam setianya kami naik myvi sebelum ni, so pada umur 16 tahun nnt anak kami dah besar dan ada adik2 yang lain. Nak anak 6 orang sebenarnya insyaALLAH.
So, target, cari mpv yang boleh pakai jangka masa panjang.

Estima, Innova


Kedua dua mpv ni mmg menang dari segi space dari mpv mpv lain. Tapi perkara selepasnya yang rasa pada kami pada ketika ini boleh kalah, iaitu dari segi maintenance dan juga dari segi insurans dan roadtax.


Roadtax dan insurans

First sekali roadtax, entah la, kalau cc 2.4 ni, berapa RM roadtax. Dan kalau harga mpv ni rm90000 - rm40000, insuranns mesti lebih kurang rm1500 se tahun. kalau tolak ncd kereta myvi ni, lebih kurang la adalah rm800 setahun. Di bahagikan RM800/12 (setahun) = ?. So banyak ni la kena masukkan dalam perbelanjaan bulanan.

Maintenance

Enjin pun tak pasti lagi bila nak rosak.Sebab kalau rosak, kena hantar ke kedai untuk repair, kedai kedai biasa tepi jalan. Kalau hantar ke toyota boleh ke laut jawabnya. haha..so disebabkan dah biasa pergi perodua servis, yang sememangnya harga flat rate, dan pekerja hanya makan gaji dan bukan tokay kedai servis tersebut, (pemikiran otak kanan), so memang agak sukar la sekarang ni.

Selalunya yang bawa estima ni nampak kalau kat tempat kerja tu memang yang berduit la. supplier. lecturer. professor. So memang tak lalu la nak bayar.haha.

Enjin besar.minyak hitam pun mestilah banyak nak pakai. berapa tong? cuba bagitau kot ada owner estima kat sini.

Tayar

Tayar pulak berapa nak beli sebuah tayar? haha. Selalu kalau beli tayar standard kereta myvi ni dalam rm120 - rm140. Untuk seorang breadwinner, boleh ja nak pakai ni.

Interior

Memang best la dengan sunroof dan sebagainya. Tapi dashboard untuk estima lama ni, mmg nampak old fashion sangat. takda la nak bling bling. bagitahu kepada wife, memang la dashboard dia biasa biasa sahaja, sebab kalau kereta estima ni untuk org2 berada dan selalunya owner duduk belakang, driver duk depan. (teringat mak sedara mmg kaya ada komepni sendiri, eksiden naik estima dan time tu duduk di belakang).

Anak anak?

Memang seronok la boleh lari melompat keriangan.hehe..ni paling win. 

Baru ni pulak, ada saudara saya naik honda civic 1.7. Bujang lagi. beli cash tau. Tapi dia cakap ada satu problem mana enjin kereta ni suka mati ikut suka dia, Dah check pomen, semua, tapi tak dapat nak kesan mana rosak. Elok pulak dia nak p langkawi, bawak la kereta ni, tapi bawak sekali dengan spare part untuk setiap kerosakan yang memungkinkan kereta breakdown sepanjang perjalanan dan worst to worst adalah di langkawi. Saya fikir, ouh, macam ni la sebab kereta ni rare, dan spare part kena standby, Nasib baik spare part kereta ni dia pinjam kawan2. 

ok..close book for now....

Pergi lagi kedai used car.

Pada satu hari ternampak la ada sebuah kereta Nissan grand livina. hari hari dok lalu  depan kedai pada satu hari ajak anak bini singgah di situ. Waaa..yang ni memang best la. Baru pakai 3 tahun lepas tu dah letgo. Enjin 1.8 di mana kalau beli di www.nissan.com.my, dalam rm110000. Di kedai ni depa nak tolak dalam rm73k. Mahal ke murah? Seat kulit, dan tiada bodykit. Tengok punya tengok, bawa la test drive. Memang menarik la. Dia punya button di stereng sangat la fix. (Estima takda button di stereng tau). Terasa sangat berkualiti stereng dan radio. Engine bay sangat la bersih dan siap ada lagi penandaan warna dan cat kilang di bahagian fitment engine. Ok..test drive...(first kereta used car yang test drive).

Ok ja..semua ok. Bila kita buat kira kira, lebih kurang RM900 sebulan. hmmm...rm900...hmm..boleh2 kot...balik dulu..tinggalkan nombor..balik tanya adik beradik dan bcg dengan isteri. Kalau korang perasan kesemua mpv in mind semua sekarang ni kereta oversea. Ini namanya kemahuan. Sebab nak la juga rasa, best ke kereta oversea ni yang sememangnya best. Lepas tu adik beradik bgtau mcm mahal. baik ambik kereta baru dgn rege tu. livina 1.6 pun boleh. Bukak pulak mudah.my, memang mudah.my sangat membantu, dan dpt tau pulak kat ipoh, livina yang sama spec, ada bodykit, harga lagi rendah..kurang 10k. Terus la pendamkan hasrat untuk livina yang ni. Perkara sama juga, kalau nak maintenance, mungkin kurang la sikit, minyak hitam dan filter2. Dan roadtax 1.8 dengan insurans berapa ye? hmm...closed.

Esoknya pergi pulak butterworth, singgah tengok livina used di sana, dah siap naik dan tengok dalam, lagi kotor tapi murah la...bau rokok dapat sekali...dan kedai ni je la pi tengok..tak tengok kedai lain. 

ok..closed the book.

Kalau korang pun mesti sama la dengan kami ni. mesti pikir yang ni.

Jalan jalan lagi..kali ni keluar kereta mpv baru dari honda iaitu HONDA BRV. wow. kawan kata pickup best. Ok, study pulak HONDA BRV. ianya adalah SUV. Sport Utility Vehicle. Tayar besar dan boleh ada 7 seater. Pergi la juga tengok BRV Display di Mydin Parit Buntar. Bawa anak2 pergi naik kereta sewa rm3 tu, wife dengan saya pergi try. 

Pada pendapat, ok la. mmg la murah dalam rm85k kalau tak silap, tapi nampak kualiti mcm biasa biasa je. Lowest price yang honda boleh bagi kot. Tekan door panel pun ada goyang2..adoi..bila lipat kerusi nombor dua, bukan masin kasar dia melipat..hehe..indoor pun nampak mcm biasa je..

ok2..tak lalu la nak bayar rm1000 sebulan dan maintenance honda yang diorang kata paling biasa pun rm300. rm300 ni kalau kat perodua lebih kurang jarang2 la nak kena. selalu tu 200 lebih..hmmm...tak mampu dan bukan masanya kot.

kita drop down the list lagi.

One day tertengok video daripada RodaPusing, memang kreatif la abang berdua ni. Orang melayu, pandai cakap santai. Dan membezakan antara tiga mpv iaitu nissan grand livina, exora supreme p, dan alza advance. 

Boleh tengok video kat bawah ni la.


mmg layan betul tengok video abang berdua ni. Dan mereka memang setanding paultan video review. Keep it up!.

Di situ ada alza dan exora. So sekarang eyes on alza la pulak. Maklumla, aim high dahulu. hehe..kenapa tak ambik exora? ya, mmg dari segi keluasan exora mmg luas, tapi dah pernah naik kereta kawan ke KL dengan exora, rasa tak selesa sikit time tu duduk row nombor 2. Dan servis centre proton rasa elok diorang improve la. Kalau compare perodua dengan proton servis centre mmg nampak perbezaan. Perbandingan ini adalah perbezaan antara proton dan perodua servis centre di nibong tebal sahaja ya. Di tempat tempat lain mmg tak da komen. 

Ok. pergi ke Perodua Sales di Nibong Tebal  dan berkenalan dengan seller di situ. Diorang bagitau, memang boleh trade in myvi di situ. Lebih kurang rm12k. Lepas tu boleh order dengan diorang alza, boleh dapat dalam masa 4 minggu - 6 minggu. Kejap..alang alang nak raya ni, baiklah aku pakai untuk raya..boleh bawa mak jalan2.

ok balik dulu. 

Nissan Serena C24
One day, singgah satu kedai ni, nissan serena c24. (https://en.wikipedia.org/wiki/Nissan_Serena Wife bagitahu yang ni adalah mini estima.



Tak kisahla, janji kerusi belakang dia best. Bayangkan second row, hanya ada 2 seat. Tgh kosong. Belakang pula boleh duduk 3 orang. Tapi untuk korang yang tak pernah tengok serena di used car, cubalah pergi. Apa yang menarik adalah kerusi di bahagian tengah boleh pusing menghadapa ke belakang. haaa..boleh mesyuarat..main dam atau main catur. Ruang letak barang memang besar kat belakang tu. Tak payah letak box atas lagi dah. 




Cumanya, gear dia mcm van dulu2. Di tengkuk stereng..hehe..rasa lain macam pulak..lepas tu maintenance dia pulak spart mmg ada di parit buntar. tapi jarang pulak nampak serena ni di jalanan walaupun di parit buntar. Lepas tu tanya la, tv kat atas ni ok ke tak? Seller kata "kalau ok, u untung la". Aku sambung dalam hati, "kalau tak hidup, mana aku nak campak tv ni? lepas tu ada lubang pulak". Minat tu ada tapi spoil lah..Kawan kata serena ok ja, walaupun kereta tak jalan 4 jam tapi enjin masih hidup. oh ya..betul la, bila pikir balik kalau masa balik kampung tu, teringat la banyak kereta tersadai di sepanjang plus highway area terowong menora. Kenapa? Sebab jem, bila jem, kadang kadang kereta tak jalan. Bila kereta tak jalan, enjin tak boleh nak cool down terus temperature tinggi.dan kebanyakan kereta kereta oldies. tapi bila pikir kita ni...ok close dulu...

Perodua Alza ADVANCE

Ok...alza pulak la..Mai nak bagitau daripada tak paham sekarang dah paham dah. 

ALZA sekarang dah ada 3 series. Iaitu Alza S, Alza SE dan Alza advance. Boleh tengok brochure ni di sini.


Lama juga fikir ni. Mula mula sebab minat la ada kaler biru, tapi rupanya biru tu untuk alza s. iaitu alza basic. Tengok balik spec, memang ada beberapa yang tak termasuk dalam alza s ni. Dan hasil gabungan pengalaman sebelum ni, rasa mcm nak pakai kereta yang ada seat kulit dan auto. So, fokus Alza advance. Hehe,,memang berul orang kata bila kita membuat tindakan ni, akan bergantung kepada apa yang dah kita lalui sebelum ini.

a) siap ada Touch screen panel di bahagian depan (melebihi estima)
b) ada video screen di bahagian siling (sama mcm kereta nissan serena lama, owner lama tambah), 
c) seat kulit (macam estima dan serena lama), 
d) tayar lebih kecil (macam myvi, kos lebih rendah), 
e) CC lebih rendah iaitu 1500 cc (tidak lebih daripada 2400 cc macam estima dan 1800 cc mcm nissan grand livina).
f) Baru dan bukan used car (Kawan bagitau kalau tight budget baik ambik kereta baru)
g) Wife suka, kita pun gembira. Wife mmg concern takut breakdown tgh jalan dgn anak2.
h) maintenance terkawal (hasil dari pengalaman 8 tahun pergi servis di perodua).
i) boleh muat 7 orang.
j) cuma kena beli box atas tu sebab mmg tak cukup muat untuk bawa barang untuk balik kampung.
k) budget untuk alza advance ni RM700 max kalau downpayment 10%. 

Masa kami pergi showroom di juru, mereka ada scheme trade in car. Apalagi, terus tanya la myvi 2009 sx dapat berapa? Diorang kata macam boleh 13k. Ok la tu. boleh tolak dengan baki, hampirlah dapat 10%. Tambah sikit lagi boleh dapat box atas.

So clear, ambik Alza Advance. yei!

Sekarang tunggu proses moga2 semua ok je. Nak bawak pae n mae pergi subang awal ramadhan lawat kakak kita di sana. moga selamat.





No comments:

Post a Comment